LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENAMBAHBAIKAN SISTEM sysP
Senarai Penambahbaikan & Fungsi Baharu
 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Nombor Rujukan
PPPP/I/T14/2024
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
CADANGAN MEREKABENTUK, MEMBINA, MENYIAPKAN, MENYELENGGARA DAN MENYERAHKAN KEPADA IWK UNTUK KERJA-KERJA NAIKTARAF PAIP PEMBETUNGAN DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERSANGKUTAN DENGANNYA DI TAMAN PERINDUSTRIAN BATU KAWAN, DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 282, MUKIM 13, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG (FASA 3).
Tarikh Iklan
7 - Aug - 2024
Tarikh Jual
9 - Aug - 2024
Tarikh Tutup
18 - Sep - 2024
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-6340111
Bahagian/Unit bertanggungjawab
INFRASTRUKTUR
Pegawai yang bertanggungjawab
PUAN NOOR AZIRA
Nombor Telefon Pertanyaan
045103533
Syarat-syarat

NO. TENDER: PPPP/I/T14/2024


CADANGAN MEREKABENTUK, MEMBINA, MENYIAPKAN, MENYELENGGARA DAN MENYERAHKAN KEPADA IWK UNTUK KERJA-KERJA NAIKTARAF PAIP PEMBETUNGAN DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERSANGKUTAN DENGANNYA DI TAMAN PERINDUSTRIAN BATU KAWAN, DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 282, MUKIM 13, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG (FASA 3).


Tender adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang memenuhi syarat-syarat berikut:-


1)    Berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sijil Pendaftaran Syarikat WAJIB disertakan dan berdaftar dengan CIDB, Memegang Perakuan Pendaftaran DAN Memegang Perakuan Pendaftaran dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang masih sah untuk Gred G7, Kategori CE, Pengkhususan CE19 dan CE21; dan


2)    Telah melaksanakan projek pembinaan paip pembentungan atau pembaikan paip pembentungan dalam tempoh lima (5) tahun kebelakangan dengan menyertakan surat tawaran untuk setiap projek yang diakui sah; dan


3)    Tidak mempunyai rekod prestasi kerja yang tidak memuaskan dalam tempoh lima (5) tahun kebelakangan dari segi tempoh penyiapan dan prestasi kerja; dan


4)    Mempunyai modal pusingan (Working Capital) melebihi RM3.8 juta atau Modal Mudah Cair melebihi RM3.8 juta dengan menyertakan dokumen sokongan yang diakui sah iaitu 6 bulan terkini penyata bank dan/atau penyata kewangan syarikat untuk tempoh 3 tahun terkini (2021, 2022 & 2023).


Kontraktor yang ingin menyertai tender ini perlu kemukakan :


Perakuan pendaftaran CIDB DAN Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah untuk Gred G7, Kategori CE, Pengkhususan CE19 dan CE21 (dalam format pdf) melalui email chongchia@pdc.gov.my dan ririn@pdc.gov.my sehingga 5 Ogos 2024 jam 12.00 tengahari untuk pendaftaran sesi taklimat.


Maklumat yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang permohonan selepas daripada tarikh tutup tidak akan dilayan. Kontraktor yang lulus pendaftaran akan diberi pautan (melalui email syarikat) untuk taklimat tender secara online (DIWAJIBKAN) mulai 5 Ogos 2024, jam 12.00 tengah hari. Pautan ini hanya sah sehingga 7 Ogos 2024, jam 12.00 tengah hari. Kontraktor perlu mengisi Borang Pengesahan Taklimat Tender melalui pautan tersebut sebelum hadir lawatan tapak.


Lawatan Tapak akan diadakan pada 8 Ogos 2024 (DIWAJIBKAN), jam 10.00 pagi di Galeri PDC, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.


Pemilik syarikat ATAU wakil dari kalangan Pegawai Teknikal yang sah sahaja dibenarkan (perlu kemukakan sijil kelulusan yang diiktiraf). Permohonan untuk wakil syarikat perlu dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen untuk pendaftaran seperti di atas untuk kelulusan.


Kontraktor yang layak hendaklah membuat pembayaran Yuran Dokumen RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan) dan bayaran dokumen tambahan dengan bayaran RM500.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN). Kaedah bayaran adalah melalui kad debit / kad kredit/ e-wallet/ QR Pay/ pemindahan atas talian (instant transfer) ke atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.


Dokumen Tambahan: Hanya Kontraktor yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima pautan muat turun melalui e-mel pada 9 Ogos 2024 untuk memuat turun Dokumen Tender daripada urusetia. 


Kontraktor yang berminat untuk menyertai tender ini perlu melayari laman sesawang PDC di www.pdc.gov.my untuk maklumat lanjut. 


Tender yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Tender. Tender hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan. 


Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 18 September 2024, jam 12.00 tengah hari di:- 


Bahagian Perolehan, Paras 3 


PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG 


Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu 


No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru 


11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang 


“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta”.


Kontraktor atau wakil kontraktor yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakan Sosial oleh KKM dan MKN.

 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G7 - CE - CE19 Tiada had
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Pembetungan)
DAN
Keperluan Sijil SPKK
Perlu Sijil SPKK
G7 - CE - CE21 Tiada had
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)
Keperluan Sijil SPKK
Perlu Sijil SPKK
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
08 Aug 202410:00 amGALERI PDC, BATU KAWAN, SEBERANG PERAI SELATANA PULAU PINANGGALERI PDC, BATU KAWAN, SEBERANG PERAI SELATANA PULAU PINANGWAJIB
 
 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.