Agensi Pelaksana |
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang |
Tajuk |
KERJA PEMBAIKAN TANDAS AWAM ARAS 1 – FASA 2B L/1 SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK PODIUM, KOMPLEKS TUN ABDUL RAZAK (KOMTAR), SEKSYEN 17, GEORGETOWN, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG. |
Tempat hantar |
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
|
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-6340111 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
Bahagian Pengurusan Bangunan |
Pegawai yang bertanggungjawab |
SUHAIB |
Nombor Telefon Pertanyaan |
045103571 |
Syarat-syarat |
Sebut Harga adalah terbuka kepada kontraktor tempatan yang memenuhi syarat-syarat seperti Perakuan Pendaftaran CIDB dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah untuk Gred G2, Kategori B dan Pengkhususan B04.
Kontraktor yang ingin menyertai Sebut Harga ini perlu kemukakan dokumen-dokumen seperti di atas melalui e-mel: sofiah@pdc.gov.my sehingga 20 September 2023, jam 09.00 pagi untuk pendaftaran sesi taklimat.
Maklumat yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang permohonan selepas daripada tarikh tutup tidak akan dilayan.
Lawatan Tapak akan diadakan pada 20 September 2023 (PEMILIK SYARIKAT DIWAJIBKAN HADIR), jam 09.00 tengah hari di Bilik Mesyuarat PDCSU, Paras 4, KOMTAR.
Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan.
Dokumen Tambahan (untuk kontraktor yang menyertai taklimat sahaja): boleh diperolehi mulai 25 September 2023 selepas jam 03.00 petang di Bahagian Pengurusan Bangunan, Paras 1, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan bayaran RM50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN). Kaedah bayaran adalah melalui kad debit / kad kredit/ e-wallet/ QR Pay/ pemindahan atas talian (instant transfer) ke atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Dokumen Sebut Harga boleh dikemukakan secara serahan tangan atau pos berdaftar/kurier. Dokumen Sebut Harga yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Sebut Harga. Dokumen Sebut Harga hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan. Dokumen Sebut Harga yang dihantar melalui pos hendaklah sampai sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan disebabkan masalah pos tidak akan dilayan.
Tarikh tutup penerimaan Sebut Harga ini ialah pada 09 Oktober 2023, jam 12.00 tengah hari di:-
Bahagian Perolehan, Paras 3 PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru 11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan penyebut harga akan menyebabkan Sebut Harga tersebut ditolak serta merta”. |
G2 - B - B04 | Keupayaan tidak melebihi RM500,000.00 Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan) | |