Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Tajuk |
Tender Tahunan Bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan, Pembaikan Dan Modifikasi Sistem Lampu Isyarat Lalulintas Di Zon A, Bahagian Pulau, Pulau Pinang Tahun 2024 |
Tempat hantar |
Berhadapan Kaunter Penerangan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Paras 3, KOMTAR, Pulau Pinang |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
Jabatan Kejuruteraan |
Pegawai yang bertanggungjawab |
MUHAMMAD FAIZ BIN ZAINON |
Nombor Telefon Pertanyaan |
04-2592202 |
Syarat-syarat |
1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam kod bidang yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh Rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender.
2. Pemilik syarikat atau wakil sah yang dilantik syarikat diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen tender. Syarikat yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam tender ini.
3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai tender. Dokumen tender dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian
4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat. [ 9.00 pagi – 4.00 petang ].
5. Dokumen Tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.
6. Syarikat yang menyertai tender diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.
7. Salinan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) hendaklah disertakan bersama dengan dokumen tender.
8. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang paling terendah harganya atau sebarang tender. |
220503 | Perkhidmatan-Penyelenggaraan/Pembaikan Kejuruteraan Dan Komunikasi(Perkakas/Sistem Elekrik) | |