Agensi Pelaksana |
PDT Daerah S.Perai Tengah |
Tajuk |
KERJA PENYELENGGARAAN JALAN ROSAK DAN BERLUBANG SERTA MENURAP SEMULA JALAN KAMPUNG DI KG. BARU ALMA (JALAN MEGAT HARUN) TERMASUK LAIN LAIN JALAN DI DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-5402361 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
UNIT PEMBANGUNAN |
Pegawai yang bertanggungjawab |
Riduan bin Mohd Zain |
Nombor Telefon Pertanyaan |
01162435388 |
Syarat-syarat |
. Sebutharga ini hanya terbuka kepada:
a) Kontraktor Daerah Seberang Perai Tengah yang bertaraf Bumiputera dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB);dan
b) Berdaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
2. Kontraktor yang layak dan berminat untuk menghadiri sesi sebutharga ini diwajibkan membawa bersama perkara-perkara berikut untuk tujuan penyemakan; iaitu:
a) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang asal dan masih sah tempoh laku;
b) Sijil Perakuan Pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang asal dan masih sah tempoh laku;
c) Kad Pengenalan; dan
d) Salinan resit pendaftaran sistem e-Perolehan yang masih sah tempoh laku.
3. Pendaftaran akan dilakukan pada :
-SEPERTI YANG TELAH DITETAPKAN DI BAHAGIAN LAWATAN TAPAK.
-Wakil bagi pihak kontraktor untuk menghadiri sebutharga ini adalah TIDAK DIBENARKAN.
4. Kontraktor diwajibkan memuat turun sendiri dokumen sebutharga di dalam sistem e-Perolehan. Sebarang dokumen sebutharga yang difotokopi daripada kontraktor lain adalah tidak dibenarkan.
5. Kontraktor diwajibkan mengisi borang akuan Pembida.
6. Kontraktor yang gagal untuk mematuhi butiran seperti yang dinyatakan di Para 1-5 tidak akan dibenarkan untuk menyertai Sebutharga tersebut. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Sebutharga akan ditutup pada jam 12.00 tengahari MENGIKUT SEPERTI TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN . Borang sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan diisi dengan No Sebutharga (ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul) dan Tajuk Sebutharga seterusnya dimasukkan ke dalam Peti Tawaran seperti alamat di bawah :
Bahagian Pembangunan Daerah Pejabat Daerah dan Tanah, Seberang Perai Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang |
G1 - CE - CE01 (Bumiputera) | Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00 Pembinaan Kejuruteraan Awam( Pembinaan Jalan dan Pavmen) | DAN |
G1 - CE - CE21 (Bumiputera) | Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00 Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) | |