Agensi Pelaksana |
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang |
Tajuk |
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN
BANGUNAN KILANG, PERUMAHAN DAN HARTA PDC SERTA
KERJA-KERJA BERKAITAN DI DAERAH SEBERANG PERAI
SELATAN, PULAU PINANG.
|
Tempat hantar |
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
|
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-6340111 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
Bahagian Pengurusan Bangunan |
Pegawai yang bertanggungjawab |
Nor Suriati |
Nombor Telefon Pertanyaan |
04-510 6111 |
Syarat-syarat |
Sebut harga adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Perakuan Pendaftaran CIDB dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah untuk Gred G1, Kategori B dan Pengkhususan B04
2. Beroperasi di Daerah Seberang Perai Selatan sahaja
Syarikat hendaklah berdaftar di bawah Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan.
Dokumen Tambahan: boleh diperolehi mulai 25 Mei 2023 di Bahagian Pengurusan Bangunan, Paras 1, Bangunan Tun Dr. Lim Chong Eu, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan bayaran RM50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN). Kaedah bayaran adalah melalui kad debit/ kad kredit/ e-wallet/ QR Pay/ pemindahan atas talian (instant transfer) ke atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Sebut harga yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Sebut Harga. Sampul tersebut hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan.
Tarikh tutup penerimaan tawaran ini ialah pada 08 Jun 2023, jam 12.00 tengah hari di:-
Bahagian Perolehan, Paras 3 PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru 11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan penyebut harga akan menyebabkan sebut harga tersebut ditolak serta merta”. |
G1 - B - B04 | Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00 Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan) | |