LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Nombor Rujukan
PPPP/B/T5(R1)/2022
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
PERLANTIKAN PERKHIDMATAN PERUNDING PENGURUSAN PROJEK (PMC) UNTUK PENGURUSAN PROJEK PENUTUPAN SELAMAT DAN PEMULIHAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH JELUTONG, TAPAK INTERIM DI PULAU BURUNG SERTA PEMBUKAAN TAPAK BAHARU BAGI PELUPUSAN SISA BUANGAN BAHAN BINAAN DAN MARINE CLAY.
Tarikh Iklan
10 - May - 2023
Tarikh Jual
17 - May - 2023
Tarikh Tutup
07 - Jun - 2023
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-6340111
Bahagian/Unit bertanggungjawab
BAHAGIAN PENGURUSAN BANGUNAN
Pegawai yang bertanggungjawab
ENCIK ANINASH RAM
Nombor Telefon Pertanyaan
045103566
Syarat-syarat

Tender adalah terbuka kepada semua perunding tempatan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Badan Profesional yang diiktiraf untuk menender kerja berikut:-


 


NO.TENDER : PPPP/B/T5(R1)/2022


PERLANTIKAN PERKHIDMATAN PERUNDING PENGURUSAN PROJEK (pmc) UNTUK PENGURUSAN PROJEK PENUTUPAN SELAMAT DAN PEMULIHAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH JELUTONG, TAPAK INTERIM DI PULAU BURUNG SERTA PEMBUKAAN TAPAK BAHARU BAGI PELUPUSAN SISA BUANGAN BAHAN BINAAN DAN MARINE CLAY.


 


Taklimat Tender akan diadakan pada 16 Mei 2023 (DIWAJIBKAN), jam 10.00 pagi di Bilik AV, Paras 2, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.


 


Pemilik syarikat ATAU wakil dari kalangan Pegawai Teknikal yang sah sahaja dibenarkan (perlu kemukakan sijil kelulusan yang diiktiraf). Permohonan untuk wakil syarikat perlu dikemukakan kepada PDC sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum hari taklimat tender untuk kelulusan. Semua perunding perlu bawa bersama Borang 49 yang terkini dan disahkan oleh Setiausaha syarikat.


 


Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan.


 


Dokumen Tambahan (untuk perunding yang menyertai taklimat sahaja): boleh diperolehi mulai 17 Mei 2023 di Bahagian Pengurusan Bangunan, Paras 1, Bangunan Tun Dr. Lim Chong Eu, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan bayaran RM60.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) secara kad debit / kad kredit / e-wallet / QR Pay / Pemindahan atas talian (instant transfer) ke atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.


 


Dokumen Tender boleh dikemukakan secara serahan tangan atau pos berdaftar / kurier. Dokumen Tender yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Tender. Dokumen Tender hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan. Dokumen Tender yang dihantar melalui pos hendaklah sampai sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan disebabkan masalah pos tidak akan dilayan.


 


Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 7 Jun 2023, jam 12.00 tengah hari di pejabat:-


 


Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu


No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang


 


“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta”.


 


Perunding atau wakil perunding yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakkan Sosial oleh KKM dan MKN.


 

 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
16 May 202310:00 amBILIK AV, PARAS 2, PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG-WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
16 May 202310:00 am

BILIK AV, PARAS 2, PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG


(SILA LIHAT SYARAT-SYARAT DI ATAS)

 
 
 

© 2023 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.