 |
|
|
WAKTU OPERASI KAUNTER
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
|
PEROLEHAN TENDER
|
Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Nombor Rujukan |
MBPP.T.NO.45/2022 (P) (RFP) |
Klasifikasi Perolehan |
PERKHIDMATAN |
Jenis Perolehan |
Tender |
Tajuk |
Request For Proposal (RFP) Cadangan Menyedia, Merancang, Mengoperasi Dan Menyelenggara Perkhidmatan Teksi Air (Water Taxi) Sebagai Pengangkutan Awam Di Kawasan Pulau, Pulau Pinang |
Tarikh Iklan |
12 - Dec - 2022 |
Tarikh Jual |
19 - Dec - 2022 |
Tarikh Tutup |
27 - Feb - 2023 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
Peti Tender yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR , Pulau Pinang |
Perolehan dibuka untuk |
Semua |
Harga Dokumen |
RM 200.00 |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
JABATAN KEJURUTERAAN |
Pegawai yang bertanggungjawab |
Cik Tuti Azmalia binti Azai |
Nombor Telefon Pertanyaan |
04-2592220 |
Syarat-syarat |
1. Request For Proposal (RFP) ini adalah dipelawa daripada syarikat yang berdaftar dengan kelayakan yang dinyatakan dalam kelas yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai RFP. Syarikat mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ATAU pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) serta mempunyai modal berbayar (paid up capital) sekurang-kurangnya RM500,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Ribu Sahaja).
2. Syarikat diwajibkan menghadiri penjelasan sebelum membeli dokumen RFP. Syarikat yang tidak menghadiri penjelasan atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam RFP ini.
3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web https://ep.penang.gov.my untuk menyertai RFP. Dokumen RFP hanya dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun Perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Sebut harga, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat. [9.00 pagi – 4.00 petang].
5. Dokumen RFP yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang terletak di Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada sebut harga yang lewat diterima.
6. Syarikat yang menyertai RFP diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Petender.
7. Salinan lesen pendaftaran syarikat atau pertubuhan, sijil professional atau kelayakan setaraf, disertakan dengan bukti bahawa syarikat/pertubuhan pencadang mempunyai kedudukan yang kukuh dan layak menyertai cadangan ini.
8. Majlis tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau sebarang RFP. Majlis juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab penolakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan oleh pihak yang mengemukakan RFP.
9. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta.
|
|
Tarikh |
Masa |
Tempat Berkumpul |
Tempat Lawatan |
Kehadiran |
19 Dec 2022 | 10:00 am | Bilik Mesyuarat, Jabatan Kejuruteraan, Tingkat 13, KOMTAR, Pulau Pinang | Bilik Mesyuarat, Jabatan Kejuruteraan, Tingkat 13, KOMTAR, Pulau Pinang | WAJIB |
|
Tarikh |
Masa |
Tempat Lawatan |
|
19 Dec 2022 | 10:00 am | Bilik Mesyuarat, Jabatan Kejuruteraan, Tingkat 13, KOMTAR, Pulau Pinang |
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|