LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Nombor Rujukan
PPPP/B/PREQ10/2022
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
PRA-KELAYAKAN CADANGAN SECARA REKA DAN BINA UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN ASRAMA DI DALAM KAMPUS KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG, DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 471, KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG, KOMPLEKS MASJID NEGERI, 11400 JALAN AIR ITAM, PULAU PINANG UNTUK TETUAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG.
Tarikh Iklan
1 - Sep - 2022
Tarikh Jual
2 - Sep - 2022
Tarikh Tutup
26 - Sep - 2022
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Perolehan, Paras 3,
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG,
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu, No.1,
Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru,
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-6340111
Bahagian/Unit bertanggungjawab
BAHAGIAN PENGURUSAN BANGUNAN
Pegawai yang bertanggungjawab
PUAN NADZIRAH/PUAN SURIATI
Nombor Telefon Pertanyaan
04-6340111
Syarat-syarat
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang berhasrat mempelawa petender yang layak untuk menyertai:

NO. PRA-KELAYAKAN: PPPP/B/PREQ10/2022
PRA-KELAYAKAN CADANGAN SECARA REKA DAN BINA UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN ASRAMA DI DALAM KAMPUS KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG, DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 471, KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG, KOMPLEKS MASJID NEGERI, 11400 JALAN AIR ITAM, PULAU PINANG UNTUK TETUAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG.

1. Keterangan Am Kerja :

1.1 Pra kelayakan ini adalah bertujuan untuk memilih kontraktor yang berpengalaman membina bangunan bertingkat.

2. Syarat-syarat Wajib untuk Pra-Kelayakan

Permohonan Pra Kelayakan ini adalah dibuka kepada kontraktor-kontraktor yang menepati syarat-syarat berikut :-

2.1 PENDAFTARAN
i. Berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
ii. Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Memegang Perakuan Pendaftaran yang masih sah untuk Gred G6 atau G7, Kategori B, Pengkhususan B04; DAN
iii. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Memegang Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang masih sah.
iv. Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai PRA-KELAYAKAN ini.

2.2 KEUPAYAAN KONTRAKTOR
i. Keupayaan Kewangan
a) Mempunyai RM500 ribu modal minima untuk kelayakan menyertai Pra-Kelayakan ini.

ii. Keupayaan Teknikal
a) Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam pembinaan yang serupa dan wajib menyertakan Surat Tawaran Projek yang diakui sah.

b) Tidak mempunyai rekod prestasi kerja yang tidak memuaskan dalam tempoh lima (5) tahun lepas dari segi tempoh penyiapan dan prestasi kerja.

3. Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan.

4. Dokumen Tambahan: boleh diperolehi mulai 2 September 2022 di Bahagian Pengurusan Bangunan, Paras 1, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan bayaran RM50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) secara tunai/e-wallet/kad kredit/ kad debit/draf bank atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

5. Dokumen Pra-Kelayakan akan hanya dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang diberi kuasa sahaja. Kontraktor/Wakil kontraktor dikehendaki mengemukakan bukti pendaftaran CIDB dengan menunjukkan Perakuan Pendaftaran asal, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dan bukti pengalaman projek serupa dengan menyertakan sesalinan Surat Tawaran Projek yang diakui sah.

6. Pra-Kelayakan yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Pra-Kelayakan. Dokumen Pra-Kelayakan hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan.

7. Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 26 September 2022, jam 12.00 tengah hari di:-

Bahagian Perolehan, Paras 3,
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG,
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu, No.1,
Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru,
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang

“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta”.




 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G6 - B - B04 Keupayaan Tidak Melebihi RM 10,000,000.00
Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan)
ATAU
G7 - B - B04 Tiada had
Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan)
 
 
 
 
 

© 2022 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.