LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Nombor Rujukan
PPPP/I/T11/2021
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
CADANGAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP, PEMBERSIHAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN (2022 – 2024), DI BANDAR CASSIA DAN BATU KAWAN INDUSTRIAL PARK (BKIP), MUKIM 13, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG
Tarikh Iklan
3 - Jan - 2022
Tarikh Jual
14 - Jan - 2022
Tarikh Tutup
03 - Feb - 2022
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Perolehan, Tingkat 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-6340111
Bahagian/Unit bertanggungjawab
BAHAGIAN PENGURUSAN INFRASTRUKTUR
Pegawai yang bertanggungjawab
PUAN SUHANA/PUAN SITI ZURAIDAH/EN.ZAMANI
Nombor Telefon Pertanyaan
04-6340111
Syarat-syarat
Tender adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan berdaftar dengan CIDB, Memegang Perakuan Pendaftaran ATAU Memegang Perakuan Pendaftaran dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang masih sah untuk Gred G4, Kategori CE, Pengkhususan CE14 atau CE21 untuk menender kerja berikut:-

NO. TENDER: PPPP/I/T11/2021
CADANGAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP, PEMBERSIHAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN (2022 – 2024), DI BANDAR CASSIA DAN BATU KAWAN INDUSTRIAL PARK (BKIP), MUKIM 13, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG.

Kontraktor yang ingin menyertai tender ini perlu kemukakan :

Perakuan pendaftaran CIDB ATAU Perakuan Pendaftaran dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah untuk Gred G4, Kategori CE, Pengkhususan CE14 atau CE21 (dalam format pdf) melalui email sitizuraidah@pdc.gov.my dan zamani@pdc.gov.my sehingga 12 Januari 2022 jam 12.00 tengahari untuk pendaftaran sesi taklimat.

Maklumat yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang permohonan selepas daripada tarikh tutup tidak akan dilayan.

Kontraktor adalah DIGALAKKAN untuk melawat sendiri cadangan tapak projek berkenaan. Kontraktor yang lulus pendaftaran akan diberi pautan (melalui email syarikat) untuk taklimat tender secara online (DIWAJIBKAN) mulai 12 Januari 2022, jam 12.00 tengahari. Pautan ini hanya sah sehingga 13 Januari 2022, jam 12.00 tengahari. Kontraktor perlu mengisi Borang Pengesahan Taklimat Tender melalui pautan tersebut untuk tujuan pembelian dokumen tambahan.

Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan.

Dokumen Tambahan: boleh diperolehi mulai 14 Januari 2022 di Bahagian Pengurusan Infrastruktur, Tingkat 4, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan bayaran RM200.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) secara tunai/e-wallet/kredit kad/debit kad.

Kontraktor yang berminat untuk menyertai tender ini perlu melayari laman sesawang PDC di www.pdc.gov.my untuk maklumat lanjut.

Tender yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Tender. Tender hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan.

Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 03 Februari 2022, jam 12.00 tengahari di pejabat:-

Bahagian Perolehan, Tingkat 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang

“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta”.

Kontraktor atau wakil kontraktor yang sah hendaklah sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakkan Sosial oleh KKM dan MKN.
 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G4 - CE - CE14 Keupayaan tidak melebihi RM3,000,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Lanskap)
ATAU
G4 - CE - CE21 Keupayaan tidak melebihi RM3,000,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
12 Jan 202212:00 pmSILA LIHAT SYARAT DI ATASTAPAK PROJEKWAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
12 Jan 202212:00 pmKontraktor adalah DIGALAKKAN untuk melawat sendiri cadangan tapak projek berkenaan. Kontraktor yang lulus pendaftaran akan diberi pautan (melalui email syarikat) untuk taklimat tender secara online (DIWAJIBKAN) mulai 12 Januari 2022, jam 12.00 tengahari. Pautan ini hanya sah sehingga 13 Januari 2022, jam 12.00 tengahari. Kontraktor perlu mengisi Borang Pengesahan Taklimat Tender melalui pautan tersebut untuk tujuan pembelian dokumen tambahan.
 
 
 

© 2022 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.