LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

NOTIS PENANGGUHAN URUSAN KAUNTER SYSP

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan, semua URUSAN KAUNTER SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG adalah ditangguhkan sepanjang tempoh Fasa Dua (2) Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan melalui emel ep@penang.gov.my

Keputusan ini akan dikemaskini berdasarkan arahan dari semasa ke semasa.



 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.T.NO.94/2021 (RFP) (P)
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
Request For Proposal (RFP) Melalui Build-Operate-Transfer (B.O.T.) Arrangement Bagi Cadangan Merancang, Membina, Mengurus Dan Menyelenggara Sebuah Kompleks Pasar Awam Dan Pembangunan Rumah Mampu Milik Di Atas Lot 908, Mukim 9, Jalan Teluk Kumbar, D.B.D., Pulau Pinang Untuk Tetuan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Tarikh Iklan
6 - Sep - 2021
Tarikh Jual
7 - Sep - 2021
Tarikh Tutup
08 - Nov - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Peti Tender di Ruang Legar Bilik Minda MBPP, Tingkat 4, KOMTAR, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 50.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-2592236 / 04-2592
Bahagian/Unit bertanggungjawab
Jabatan Kawalan Bangunan
Pegawai yang bertanggungjawab
Pn. Ooi Pen Yee/En. Ahmad Shafiq b. Mohamad
Nombor Telefon Pertanyaan
04-2592213
Syarat-syarat
1. Mengemukakan Pelan Cadangan (Request For Proposal - RFP) adalah dipelawa daripada Pencadang/Syarikat/Pertubuhan yang berdaftar di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia. Mempunyai pengalaman berkaitan untuk menyertai tender . Syarikat mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ATAU pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan mempunyai modal berbayar (paid up capital) sekurang-kurangnya RM100,000 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Ribu Sahaja) semasa perjanjian dimeterai.

2. Syarikat/ Pembida perlu berdaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai Request For Proposal ini. Dokumen Request For Proposal dijual secara on-line melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun e-Perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

3. Dokumen Request For Proposal yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Ruang Legar Bilik Minda, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Tingkat 4, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12:00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada syarikat/ pembida yang lewat diterima.

4. Salinan sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Pendaftaran Pemaju Perumahan hendaklah disertakan bersama dengan dokumen Request For Proposal.

5. Majlis tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau sebarang Request For Proposal. Majlis juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab penolakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan oleh pihak yang mengemukakan Request For Proposal.

6. Syarikat/Pembida yang menyertai tender diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.

7. Majlis tidak terikat untuk menerima Request For Proposal yang paling tertinggi harganya atau sebarang Request For Proposal.
 
 
 
 
 

© 2021 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.