LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

NOTIS PENANGGUHAN URUSAN KAUNTER SYSP

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan, semua URUSAN KAUNTER SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG adalah ditangguhkan mulai 1 JUN 2021 sehingga 28 JUN 2021

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan melalui emel ep@penang.gov.my

Keputusan ini akan dikemaskini berdasarkan arahan dari semasa ke semasa.



 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Nombor Rujukan
PPPP/B/T8(PREQ)/2021
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
PRA KELAYAKAN UNTUK MEREKA BENTUK, MEMBINA, MELENGKAPKAN DAN MENTAULIAHKAN PROJEK-PROJEK INDUSTRI (KILANG, GUDANG, IBS SISTEM ATAU YANG BERKAITAN)
Tarikh Iklan
14 - Jun - 2021
Tarikh Jual
18 - May - 2021
Tarikh Tutup
12 - Jul - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-6340111
Bahagian/Unit bertanggungjawab
PENGURUSAN BANGUNAN
Pegawai yang bertanggungjawab
PUAN NADZIRAH
Nombor Telefon Pertanyaan
04-6340703
Syarat-syarat
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang berhasrat mempelawa Kontraktor yang menepati syarat menyertai Pra Kelayakan untuk:

NO. PRA-KELAYAKAN : PPPP/B/T8(PREQ)/2021

PRA KELAYAKAN UNTUK MEREKA BENTUK, MEMBINA, MELENGKAPKAN DAN MENTAULIAHKAN PROJEK-PROJEK INDUSTRI (KILANG, GUDANG, IBS SISTEM ATAU YANG BERKAITAN)

1. Keterangan Am Kerja:-

1.1 Pra kelayakan ini adalah bertujuan untuk memilih panel kontraktor PDC bagi projek sektor industri dalam tempoh dua (2) tahun.

2. Syarat-syarat untuk Pra Kelayakan:-

Permohonan Pra Kelayakan ini adalah terhad kepada kontraktor-kontraktor yang menepati syarat-syarat berikut:-
2.1 Pendaftaran Kontraktor:

(a) Berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

(b) Berdaftar dengan CIDB, Memegang Perakuan Pendaftaran ATAU Memegang Perakuan Pendaftaran dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah untuk Gred G7, Kategori B Pengkhususan B04.

(c) Mempunyai rekod pengalaman pembinaan projek sektor industri (Kilang, Gudang, IBS Sistem Atau Yang Berkaitan)

(d) Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dari menyertai tender, TIDAK LAYAK untuk menyertai Pra Kelayakan ini.

2.2 Keupayaan Kontraktor:

(a) Keupayaan Kewangan
Mempunyai nett worth melebihi RM1 juta atau Modal Pusingan (working capital) melebihi RM600 ribu.

(b) Keupayaan Teknikal
Telah melaksanakan projek pembinaan yang serupa dengan Nilai Sebuah Projek tidak kurang dari RM10 juta dalam tempoh sepuluh (10) tahun lepas.

(c) Tidak mempunyai rekod prestasi kerja yang tidak memuaskan dalam tempoh lima (5) tahun lepas dari segi tempoh penyiapan dan mutu kerja.
3. Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan.

4. Dokumen Tambahan: boleh diperolehi mulai 18 Mei 2021 di Bahagian Pengurusan Bangunan, Paras 1, Bangunan Tun Dr. Lim Chong Eu, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan bayaran RM25.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) secara secara tunai/e-wallet/kredit kad/debit kad.

5. Dokumen Pra kelayakan akan hanya dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang diberi kuasa sahaja. Wakil dikehendaki mengemukakan bukti pendaftaran CIDB dengan menunjukkan sijil/perakuan pendaftaran asal dan bukti pengalaman projek serupa bernilai RM10 juta keatas iaitu sesalinan Surat Tawaran Projek yang diakui sah.

6. Pra Kelayakan yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Tender Pra Kelayakan. Sampul tersebut hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan.

7. Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 12 Julai 2021, jam 12.00 tengahari di pejabat:-

Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang

“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta”.
 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G7 - B - B04 Tiada had
Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan)
 
 
 
 
 

© 2021 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.