|
|
|
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
|
PEROLEHAN SEBUTHARGA
|
Agensi Pelaksana |
PDT Daerah S.Perai Selatan |
Nombor Rujukan |
PDTSPS/SH/BPD/1/2020 |
Klasifikasi Perolehan |
BEKALAN |
Jenis Perolehan |
Sebutharga |
Tajuk |
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER BAGI KEGUNAAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI SELATAN TAHUN 2020 |
Tarikh Iklan |
17 - Jan - 2020 |
Tarikh Jual |
20 - Jan - 2020 |
Tarikh Tutup |
28 - Jan - 2020 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH
PEJABAT DAERAH DAN TANAH
SEBERANG PERAI SELATAN
14200 SUNGAI JAWI
PULAU PINANG |
Perolehan dibuka untuk |
Semua |
Harga Dokumen |
RM 10.00 |
Syarat-syarat |
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.
1. KEADAAN BARANG
Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
2. HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.
3. PERSETUJUAN
i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga: dan
ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.
4. PEMERIKSAAN
i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut: dan
ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
5. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI
Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
6. PENOLAKAN
i) Barang yang rendah mutunya, tidak tulen atau yang berlainan daripada bekalan yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak.
ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu: dan
iii) Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
7. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.
8. TAFSIRAN
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
9. INSURANS
Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.
|
|
Kod |
Keterangan |
Syarat |
020601 | PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK-BEKALAN PEJABAT DAN ALATULIS(ALATULIS (TIDAK TERMASUK BORANG DAN SEMUA JENIS KERTAS)) | |
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|