Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Tajuk |
CADANGAN MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA ASTAKA KAMPUNG MELAYU, JALAN PISANG RAJA, 11500 AIR ITAM, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG. [JB/PR/KM/KG.MELAYU]
|
Tempat hantar |
Berhadapan Kaunter Penerangan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Paras 3, KOMTAR, Pulau Pinang |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
JABATAN KAWALAN BANGUNAN |
Pegawai yang bertanggungjawab |
PUAN MUSYARINA BINTI IDRUS |
Nombor Telefon Pertanyaan |
042592216 |
Syarat-syarat |
1. Tender adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender.
2. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai tender. Pembayaran untuk pembelian dokumen perlu dibuat secara ’on-line’ selepas penjelasan tapak pada 22hb April 2024. Harga dokumen tender adalah RM50/senaskah. Dokumen tender boleh dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
3. Kontraktor diwajibkan menghadiri penjelasan tapak sebelum membeli dokumen tender. Kontraktor yang tidak menghadiri penjelasan tapak atau hadir selepas masa pendaftaran, tidak layak mengambil bahagian dalam tender ini. Wakil diwajibkan membawa surat kebenaran daripada syarikat untuk menyertai penjelasan tapak.
4. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, George Town, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.
5. Syarikat yang menyertai tender diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.
6. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan hendaklah disertakan bersama dokumen tender.
7. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang paling terendah harganya atau sebarang tender.
8. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain - lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan penyebut harga akan menyebabkan Sebut Harga tersebut ditolak serta merta. |
G4 - B - B04 | Keupayaan tidak melebihi RM3,000,000.00 Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan) | DAN |
G4 - CE - CE21 | Keupayaan tidak melebihi RM3,000,000.00 Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) | |