LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUT HARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.S.NO 22/2020(P)
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebut Harga
Tajuk
Lesen Menduduki Kompleks MBPP Gold Coast, Sg. Nibong Terletakdi Atas Lot 14662 Mukim 12, Jalan Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tarikh Iklan
9 - Mar - 2020
Tarikh Jual
16 - Mar - 2020
Tarikh Tutup
01 - Jun - 2020
Masa Tutup
11:00 am
Tempat hantar
Peti Sebut Harga di Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Sebut harga adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar di bahagian pulau, Pulau Pinang dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

2. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai sebut harga. Dokumensebuthargadijualsecara ’on-line’ melaluilaman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

3. Pengarah syarikat atau wakil yang mempunyai surat kuasa diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak sebelum membeli Dokumen Sebut Harga. Syarikat yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam sebut harga ini.

4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Paras 17 KOMTAR, Jalan Penang, Pulau Pinang pada waktu pejabat (9.00 pagi – 4.00 petang).

5. Dokumen sebut harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 11.00 pagi pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada sebut harga yang lewat diterima.

6. Syarikat yang menyertai sebut harga adalah dibenarkan untuk menyaksikan pembukaan sebut harga pada tarikh dan masa tutup yang ditetapkan. Pengumuman harga hanya akan di baca bagi sebut harga yang bersesuaian sahaja tertakluk kepada kebenaran / justifikasi Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga.

7. Syarikat yang menyertai sebut harga diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.

8. Salinan sijil pendaftaran daripada Syarikat Suruhanjaya Malaysia hendaklah disertakan bersama dengan dokumen sebut harga.

9. Majlis tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling tinggi harganya atau sebarang sebut harga.
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
16 Mar 202010:00 amKompleks MBPP Gold Coast, Sg. Nibong, Pulau Pinang Kompleks (MBPP) Gold Coast, Jalan Bayan Indah, Sg. Nibong. (selepas taklimat)WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
16 Mar 202010:00 amKompleks MBPP Gold Coast, Sg. Nibong, Pulau Pinang [WaktuPendaftaran : 9.30 pagi – 9.50 pagi]
 
 
 

© 2020 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.