LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.T.NO.72/2019 (P)
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
Request For Proposal (RFP) Bagi Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Kompleks Pasar Taman Terubong Jaya, Di Atas Lot 8826, Tingkat Paya Terubong 4, Mukim 13, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
Tarikh Iklan
21 - Oct - 2019
Tarikh Jual
29 - Oct - 2019
Tarikh Tutup
25 - Nov - 2019
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Peti Tender yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 200.00
Syarat-syarat
1. Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang dimiliki sepenuhnya oleh Warganegara Malaysia dan masih dibenarkan untuk penyertaan adalah dipelawa untuk mengemukakan pelan cadangan Request For Proposal (RFP).

2. Taklimat akan diadakan seperti tarikh di atas. Walaubagaimanapun, syarikat diwajibkan menghadiri taklimat Request For Proposal (RFP) dan lawatan tapak sebelum membeli dokumenRequest For Proposal(RFP). Syarikat yang tidak menghadiri taklimat Request For Proposal (RFP)dan lawatan tapak tidak layak mengambil bahagian.

3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem e-perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk penyertaan. Bayaran pembelian dokumen Request For Proposal (RFP) perlu dibuat secara ‘on-line’ dan dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

4. Dokumen Meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender dan syarikat hendaklah mendapatkan cakera padat (compact disc) pelan bangunan setelah pembelian dokumen dibuat di Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat [9.00 pagi hingga 4.00 petang].

5. Semua Pelan Cadangan yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada dokumen Request For Proposal (RFP) yang lewat diterima.

6. Majlis tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau sebarang Request For Proposal (RFP). Majlis juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab penolakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan oleh pihak yang mengemukakan Request For Proposal (RFP).

7. Syarikat yang menyertai Request For Proposal (RFP) adalah dibenarkan untuk menyaksikan pembukaan Request For Proposal (RFP) pada tarikh dan masa tutup yang ditetapkan. Pengumuman harga hanya akan dibaca bagi Request For Proposal (RFP) yang bersesuaian sahaja tertakluk kepada kebenaran/justifikasi Jawatankuasa Pembuka Request For Proposal (RFP).

8. Syarikat yang menyertai Request For Proposal (RFP) diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.

9. Salinan sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen Request For Proposal (RFP).

10. Sila kemukakan Sijil SST bersama dokumen Request For Proposal (RFP) bagi membolehkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendaftar syarikat/kontraktor/pembekal yang berjaya ke dalam Sistem Pengurusan SST.

11. Majlis tidak terikat untuk menerima Request For Proposal (RFP) yang paling terendah harganya atau sebarang Request For Proposal (RFP).

 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
29 Oct 201910:00 amKompleks Pasar Taman Terubong Jaya
[Pendaftaran : 9.30 pagi – 10.00 pagi]
Kompleks Pasar Taman Terubong Jaya
[Pendaftaran : 9.30 pagi – 10.00 pagi]
WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
29 Oct 201910:00 amKompleks Pasar Taman Terubong Jaya
[Pendaftaran : 9.30 pagi – 10.00 pagi]
 
 
 

© 2019 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.