LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 MESTI BACA!!!
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.T.NO.106/2017 (B)
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
MENGKAJI, MENCADANG, MEREKABENTUK, MEMBANGUN, MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGKONFIGURASI, MENGUJI, MENTAULIAH DAN DATA MIGRASI BAGI : SISTEM PENGURUSAN GAJI DAN SUMBER MANUSIA
Tarikh Iklan
20 - Nov - 2017
Tarikh Jual
28 - Nov - 2017
Tarikh Tutup
18 - Dec - 2017
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Peti Tender yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 50.00
Syarat-syarat
1. Tender adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkenaan.

2. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai tender. Dokumen tender dijual secara atas talian melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

3. Petender DIWAJIBKAN menghadiri sesi penjelasan sebelum membeli dokumen tender. Petender yang tidak menghadiri sesi penjelasan atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam tender ini.

4. Dokumen Meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat. [9.00 pagi – 4.00 petang].

5. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

6. Syarikat yang menyertai tender adalah dibenarkan untuk menyaksikan pembukaan tender pada tarikh dan masa tutup yang ditetapkan. Pengumuman harga hanya akan dibaca bagi tender yang bersesuaian sahaja tertakluk kepada kebenaran / justifikasi Jawatankuasa Pembuka Tender.

7. Syarikat yang menyertai tender DIWAJIBKAN melengkapkan Surat Akuan Pembida.

8. Salinan sijil pendaftaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia DIWAJIBKAN disertakan bersama dengan dokumen tender.

9. Sila kemukakan Sijil GST (jika ada) semasa kemukakan bersama dokumen tender bagi membolehkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendaftar syarikat yang berjaya ke dalam Sistem Pengurusan GST.

10. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang paling terendah harganya atau sebarang tender.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
210101 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Hardware (low end technology)- Supply all types of computer hardware including PC, notebook, printer, document scanner, peripherals and maintenance)ATAU
210102 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Hardware (high end techmology)- All types of server, mainframe, high end printers, storage area network (SAN, NAS) including maintenance)ATAU
210103 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Software- Supply all computer software, operating system, database, off-the shelf packages including maintenance)ATAU
210104 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Software/System development/customization and maintenance including data entry, data processing)ATAU
210105 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Telecommunication/networking-supply product, infrastructure, services including maintenance (LAN/WAN/Internet/wireless/satellite))ATAU
210106 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Data management - provide services including Disaster)
 
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
28 Nov 201710:00 amBilik Perdana, Tingkat 4, Komtar, Pulau Pinang
Masa Pendaftaran: 9:30 pagi – 10:00 pagi
 
 
 

© 2017 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.