LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/TENDER/2/2024
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
KERJA-KERJA PENYEDIAAN PAMERAN DI SEPULUH (10) RUANG SIMPANAN (STOREROOM) DAN SATU (1) BILIK ORIENTASI DAN TEATER KOTA CORNWALLIS, GEORGE TOWN, PULAU PINANG
Tarikh Iklan
2 - May - 2024
Tarikh Jual
2 - May - 2024
Tarikh Tutup
23 - May - 2024
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Seksyen Perolehan , Paras 30, KOMTAR 10503 Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 100.00
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi
04-6505100 / 5836 / 5838
Bahagian/Unit bertanggungjawab
Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang
Pegawai yang bertanggungjawab
Nurul Amira Binti Md Isa
Nombor Telefon Pertanyaan
04-6505709
Syarat-syarat

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan CIDB dalam Gred G4, Kategori B Pengkhususan B07 (Hiasan Dalaman), mempunyai perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah tempoh lakunya bagi menyertai tender berikut:


KERJA-KERJA PENYEDIAAN PAMERAN DI SEPULUH (10) RUANG SIMPANAN (STOREROOM) DAN SATU (1) BILIK ORIENTASI DAN TEATER KOTA CORNWALLIS, GEORGE TOWN, PULAU PINANG 


2.    Syarikat-syarikat yang ingin untuk turut serta dalam tender ini adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan seperti ketetapan berikuit:


Tarikh: 07 Mei 2024 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Tapak Kota Cornwallis (Pintu utama), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 Pulau Pinang
Kehadiran: Pemilik Syarikat Sahaja (wakil perlu mengemukakan surat kuasa)
Tambahan: Sila bawa Cop Syarikat


3.    Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki  mendaftar dengan Sistem (sysP) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam bidang berkaitan dan tuan/puan adalah DIWAJIBKAN membawa bersama dokumen salinan asal dan salinan fotostat (tidak akan dikembalikan).


4.    Borang tawaran yang telah Iengkap diisi berserta profail syarikat dan maklumat pengalaman serta salinan sijil SPKK, CIDB dan STB dalam kod bidang yang berkaitan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan Tajuk Tender di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Tender tersebut mestilah sampai sebelum atau pada 23 Mei 2024 (Khamis) jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Seksyen Perolehan, Paras 30 KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 


5.    Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM50.00 secara dalam talian (online) dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (Sys P) mulai 07 Mei 2024
 
6.    Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Tender di atas adalah menjadi tanggungjawab petender. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah/tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 
 
7.    Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 180 hari dari tarikh peti tender ditutup. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my.  

 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G4 - B - B07 Keupayaan tidak melebihi RM3,000,000.00
Pembinaan Bangunan( Hiasan Dalaman)
Keperluan Sijil SPKK
Perlu Sijil SPKK
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
07 May 202410:00 amTapak Kota Cornwallis (Pintu utama)
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,
George Town
10200 Pulau Pinang
Tapak Kota Cornwallis (Pintu utama)
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,
George Town
10200 Pulau Pinang
WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
07 May 202410:00 am

Tapak Kota Cornwallis (Pintu utama)
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 
George Town
10200 Pulau Pinang

 
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.