LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

NOTIS PENANGGUHAN URUSAN KAUNTER SYSP

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan, semua URUSAN KAUNTER SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG adalah ditangguhkan mulai 13 JANUARI 2021 sehingga 26 JANUARI 2021

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan melalui emel ep@penang.gov.my

Keputusan ini akan dikemaskini berdasarkan arahan dari semasa ke semasa.



 

PEROLEHAN SEBUT HARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Nombor Rujukan
PPPP/PDCSU/Q23/2020
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebut Harga
Tajuk
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN (CLEANING & HYGIENE SERVICE) DI BANGUNAN SP ARENA SEBERANG JAYA, PULAU PINANG.
Tarikh Iklan
14 - Jan - 2021
Tarikh Jual
11 - Jan - 2021
Tarikh Tutup
17 - Feb - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
Sebut harga adalah terbuka kepada semua syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod 221001, 221002 dan 221003 untuk mengemukakan tawaran bagi sebut harga di atas.

Syarikat hendaklah berdaftar di bawah Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan

Dokumen Tambahan: boleh diperolehi mulai 11 Januari 2021 di PDC Setia Urus Sdn. Bhd. Arked Tek Soon 4 Komtar, Fasa 1 C1 4.03-4.11, Jalan Penang, Pulau Pinang, 10000 George Town dengan bayaran sebanyak RM50.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) secara tunai atau draf bank atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Lawatan Tapak: akan diadakan pada 08 Januari 2021, jam 11.00 pagi (DIWAJIBKAN) dan berkumpul di BANGUNAN SP ARENA SEBERANG JAYA, PULAU PINANG.

Pemilik syarikat ATAU wakil yang sah sahaja dibenarkan (perlu kemukakan surat wakil). Permohonan untuk wakil syarikat perlu dikemukakan kepada PDC SETIA URUS SDN BHD sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum hari lawatan tapak untuk kelulusan. Semua kontraktor perlu bawa bersama Borang 49 yang terkini dan disahkan oleh Setiausaha syarikat.

Sebut harga yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Sebut Harga. Sampul tersebut hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan.

Tarikh tutup penerimaan tawaran ini ialah pada 17 Februarii 2021, jam 12.00 tengah hari di:-

Bahagian Khidmat Pengurusan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang

‘Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan penyebut harga akan menyebabkan sebut harga tersebut ditolak serta-merta.’

 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
221001 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Pembersihan Bangunan dan Pejabat)DAN
221002 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Membersih Kawasan)DAN
221003 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Mengangkat Sampah)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
08 Jan 202111:00 amBANGUNAN SP ARENA SEBERANG JAYA, PULAU PINANGTAPAK PROJEKWAJIB
 
 
 
 

© 2021 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.