LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 MESTI BACA!!!
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.T.NO.48/2018 (P)
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
Tender Untuk Perkhidmatan Pengurus Harta Di Kompleks Pasar Chowrasta, Pulau Pinang
Tarikh Iklan
3 - Jul - 2018
Tarikh Jual
9 - Jul - 2018
Tarikh Tutup
30 - Jul - 2018
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Peti Tender yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR , Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 50.00
Syarat-syarat
1. Tender adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam kod bidang berkenaan dan perlu berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah.

2. Pengarah Syarikat atau wakil yang mempunyai surat kuasa diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak sebelum membeli dokumen tender. Syarikat yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam tender ini.

3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai tender. Dokumen tender dijual secara ‘online’ melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat. [9.00 pagi – 4.00 petang] selepas tarikh taklimat.

5. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

6. Syarikat yang menyertai tender adalah dibenarkan untuk menyaksikan pembukaan tender pada tarikh dan masa tutup yang ditetapkan. Pengumuman harga hanya akan dibaca bagi tender yang bersesuaian sahaja tertakluk kepada kebenaran/justifikasi Jawatankuasa Pembuka Tender.

7. Syarikat yang menyertai tender diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.

8. Salinan sijil pendaftaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) hendaklah disertakan bersama dengan dokumen tender.

9. Sila kemukakan Sijil Cukai Barang dan Perkhidmatan Goods And Services Tax semasa kemukakan bersama dokumen tender bagi membolehkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendaftar syarikat/kontraktor/pembekal yang berjaya kedalam Sistem Pengurusan GST.

10. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang paling tinggi harganya atau sebarang tender.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
221101 Perkhidmatan-Guna Tenaga(Kakitangan Iktisas (Profesional) - Tidak Termasuk Khidmat Perundingan)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
09 Jul 201810:30 amPasar Chowrasta ( Ruang Legar Tingkat 3)
[Pendaftaran: 09.30 pagi – 10.30 pagi]
Pasar Chowrasta ( Ruang Legar Tingkat 3)
[Pendaftaran: 09.30 pagi – 10.30 pagi]
WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
09 Jul 201810:30 amPasar Chowrasta ( Ruang Legar Tingkat 3)
[Pendaftaran: 09.30 pagi – 10.30 pagi]
 
 
 

© 2018 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.