LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 MESTI BACA!!!
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/TENDER/12/2017
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG
Tarikh Iklan
13 - Oct - 2017
Tarikh Jual
13 - Oct - 2017
Tarikh Tutup
03 - Nov - 2017
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG, BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI, TINGKAT 49, KOMTAR, 10503 PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 50.00
Syarat-syarat
SYARAT-SYARAT AM TENDER

Petender dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Tender apabila menyertai tender ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan tender yang dikemukakan oleh Petender akan DITOLAK.

1. KELAYAKAN MEMASUKI TENDER

1.1. Syarikat-syarikat yang hendak menyertai tender Membekal dan Menghantar Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang yang berkaitan seperti mana yang diiklankan. Salinan Sijil Pendaftaran dan Salinan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan) hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran.

1.2. Hanya tender-tender yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat yang membeli borang tender melalui Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (berdasarkan pengesahan resit pembelian) sahaja akan diterima untuk pertimbangan.

1.3. Pelawaan ini adalah terikat kepada Arahan Kepada Petender dan Syarat-syarat Am Tender yang disertakan bersama-sama dalam dokumen tender.

1.4. Petender hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat tersebut apabila menyertai tender ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat akan menyebabkan tender tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

1.5. Semua borang-borang berhubung dengan tender hendaklah ditandatangani oleh pemilik syarikat sendiri. Mana-mana borang yang tidak bertandatangan dan tiada cop rasmi Petender akan ditolak daripada pertimbangan.

2. DOKUMEN TENDER

2.1. Hanya dokumen tender yang dikepilkan dengan bukti resit pembelian sahaja akan diterima dan setiap satu resit pembelian adalah bagi satu tawaran harga tender sahaja. Setiap syarikat hanya dibenarkan membuat satu tawaran harga tender sahaja. Penetapan tawaran harga tender dalam bentuk opsyen / pilihan tidak dibenarkan. Lain-lain borang tidak diterima kecuali dibenarkan sebagai tambahan kepada borang yang asal.

2.2. PERHATIAN : Tiap-tiap helai borang tender yang digunakan (termasuk borang tambahan) mestilah disusun mengikut turutan nombor muka surat.

2.3. Borang Jadual Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan terang. Borang-borang berkenaan hendaklah dihantar secara bertaip kemas. Jika ditulis tangan, tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.

2.4. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangani ringkas serta dicopkan dengan cop petender setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat.

3. HARGA TAWARAN

3.1. Harga-harga yang ditawarkan dalam tender ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas tender ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sah laku tender. Petender yang berjaya ditawarkan tender ini dikehendaki mematuhi syarat ditetapkan sepanjang masa kontrak ini berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan harga.

3.2. PSUKPP berhak menyemak semula jumlah kiraan harga tawaran berdasarkan perincian kadar harga yang ditawarkan oleh Petender. Sekiranya terdapat apa-apa perbezaan kepada jumlah harga yang ditawarkan dengan maklumat semakan semula oleh PSUKPP, jumlah harga tawaran yang disemak melalui kiraan semula oleh PSUKPP akan diguna pakai untuk tujuan tender ini.

4. KEGAGALAN MEMATUHI SPESIFIKASI ATAU PERJANJIAN

Petender adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi dan kandungan Perjanjian kerana sekiranya Petender gagal untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawabnya seperti di dalam Perjanjian, PSUKPP berhak menahan atau menangguhkan bayaran-bayaran seperti dinyatakan di dalam Perjanjian, kecuali dan sehingga PSUKPP berpuas hati bahawa Petender telah menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya seperti mana yang dikehendaki.

5. BON PELAKSANAAN

5.1 Petender yang berjaya, dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan di dalam bentuk Jaminan Bank daripada bank yang diluluskan dan berdaftar di Malaysia. Nilai Bon Pelaksanaan adalah seperti berikut :-

5.1.1 Bagi jumlah kontrak yang bernilai melebihi RM50,000.00 hingga RM500,000.00 kadar bon pelaksanaan ialah 2.5% daripada nilai kontrak.

5.1.2 Bagi jumlah kontrak yang bernilai melebihi RM500,000.00 ke atas kadar bon pelaksanaan ialah 5% daripada nilai kontrak.

5.1.3 Bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan bermasa yang berkuatkuasa bagi tempoh dua tahun atau lebih, peratusan bon pelaksanaan akan dikira mengikut anggaran kontrak bagi setahun sahaja dan tidaklah berasaskan jumlah nilai kontrak keseluruhan.



5.2 Selain daripada Jaminan Bank di para 5.1. Jaminan Insurans daripada syarikat insurans yang diluluskan dan berdaftar di Malaysia mengikut Akta Insurans 1963, seperti mana yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan, boleh diterima bagi kontrak yang bernilai tidak lebih daripada RM500,000.00.

5.3 Bon Pelaksanaan akan dikembalikan setelah kontrak dilaksanakan dengan sempurna dan memuaskan. Sekiranya kontrak itu tidak dilaksanakan dengan sempurna dan memuaskan, maka Bon Pelaksanaan itu akan dirampas.

6. MENARIK BALIK TAWARAN/MENOLAK TAWARAN

Petender tidak boleh menarik balik tawaran sebelum tender tersebut dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah tender tersebut dipertimbangkan atau tawaran telah dibuat. Jika petender menarik diri atau menolak tawaran, nama petender akan dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk tindakan penggantungan pendaftaran seperti berikut:-

6.1 Dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;

6.2 Lima (5) tahun bagi kesalahan kali kedua; dan

6.3 Pendaftaran akan dibatalkan terus bagi kesalahan berikutnya.

7. TEMPOH SAHLAKU TENDER

Tempoh sahlaku tender ini adalah selama 180 hari bermula daripada tarikh tender ditutup.

8. SETUJU TERIMA TENDER

8.1 Kerajaan tidak terikat untuk menerima tender yang terendah, tertinggi atau mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad dan Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada Petender berhubung sebab-sebab tender mereka tidak berjaya.

8.2 Petender yang berjaya dikehendaki:-

8.2.1 Tidak boleh menolak tawaran. Jika menolak, maka nama Petender akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk tindakan digantung pendaftaran.

8.2.2 Menandatangani satu perjanjian kontrak dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan terikat dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian dan syarat-syarat tender serta mengemukakan Surat Akuan Pembida Berjaya (SAP 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010) seperti di Lampiran L.


9. KONTRAK

9.1 Petender yang berjaya adalah diwajibkan mengikat suatu kontrak dengan Kerajaan. Contoh perjanjian kontrak yang akan diguna pakai adalah seperti di Lampiran J.

9.2 Syarat-syarat dalam dokumen tender dan syarat-syarat dalam surat tawaran adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.

10. PERUBAHAN SYARAT-SYARAT

10.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak dan mulai daripada tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan, perkhidmatan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.

10.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi perkhidmatan satu tempoh biasa, maka harga perkhidmatan baru dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.

11. TEMPOH KONTRAK

Tempoh kontrak adalah selama tiga (3) iaitu dari 2018 sehingga 2020. Walau bagaimanapun, Kerajaan adalah berhak menentukan tempoh kontrak yang sebenarnya.

12. PENAMATAN PERSETUJUAN

Dengan memberi notis bertulis kepada Petender dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya Kerajaan boleh terus menamatkan persetujuan:

12.1 Jika Petender melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini;

12.2 Jika Petender (Kontraktor) itu sebagai orang perseorangan atau apabila Kontraktor itu adalah satu firma, mana-mana perkongsi firma itu pada bila- bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan/atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Kontraktor itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurusan bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan.

Atau

12.3 Jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Petender atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Petender) melakukan perbuatan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan. Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik gantirosak.

13. PERTIKAIAN

Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Kontraktor mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya hendaklah (kecuali selainnya dipersetujui dengan ketentuan secara bertulis di antara Kerajaan dengan Kontraktor) dirujukkan kepada penimbang tara dua pihak yang dilantik iaitu lantikan oleh Kerajaan dan lantikan oleh Kontraktor. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.

14. IKLAN

Tiada maklumat mengenai kontrak ini boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau media pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
030299 SUKAN REKREASI DAN ALAT MUZIK (PERALATAN, BEKALAN DAN AKSESORI SUKAN DAN REKREASI)-CENDERAMATA DAN HADIAH(Pembuat)
 
 
 
 
 

© 2017 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.