|
|
|
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
PENGUMUMAN |
Tiada Pengumuman Setakat Ini |
|
PEROLEHAN SEBUTHARGA
|
Agensi Pelaksana |
PDT Daerah Seberang Perai Utara |
Nombor Rujukan |
PDTSPU/PD/03/2022 |
Klasifikasi Perolehan |
PERKHIDMATAN |
Jenis Perolehan |
Sebutharga |
Tajuk |
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN BANGUNAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN |
Tarikh Iklan |
7 - Oct - 2022 |
Tarikh Jual |
7 - Oct - 2022 |
Tarikh Tutup |
21 - Oct - 2022 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
Bahagian
Pengurusan Daerah, Pejabat
Daerah dan Tanah
Seberang Perai Utara
|
Perolehan dibuka untuk |
Bumiputera |
Harga Dokumen |
RM 10.00 |
Syarat-syarat |
1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal berkelayakan
yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan
Kementerian Kewangan Malaysia serta masih dibenarkan membuat
tawaran pada masa ini bagi kerja berikut.
2. Maklumat sebut harga serta kelayakan asas pembekal adalah seperti
berikut:
i) Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bangunan Pejabat Daerah Dan
Tanah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Untuk Tempoh Dua (2)
Tahun
ii) Kementerian Kewangan 220801 (Kawalan Keselamatan)
iii)Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara Peti Surat 1362,
13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG
iv) Pembelian Dokumen :
Tarikh Jualan : 07 Oktober 2022 (Jumaat)
Mulai Jam : 12.00 tengahari
Kaedah : Perolehan secara atas talian melalui Sistem Perolehan
Negeri Pulau Pinang (sysP)
Kadar : RM10.00
(Cetakan dilakukan oleh Pembeli dan bayaran tidak dikembalikan)
Tempoh Sah Laku : 90 hari
v) Tarikh Tutup : 21 Oktober 2022 (Jumaat)
Masa : 12.00 Tengahari
3. Penyebut Harga hendaklah memuat naik dokumen-dokumen berikut :
a) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat daripada Kementerian Kewangan /
Sijil Virtual yang lengkap menyatakan Kod Bidang berkaitan;
b) Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dari Kementerian
Kewangan.
4. Lawatan tapak tidak akan diadakan, walau bagaimanapun penyebut
harga boleh melihat sendiri kawasan atau tapak berkaitan. Dokumen
Sebut Harga yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam
Sampul Surat yang berlakri serta bertanda dengan nombor dan tajuk
sebut harga. Dokumen sebut harga yang dilengkapkan hendaklah
dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang dikhaskan di tempat dan
sebelum waktu yang ditetapkan seperti di atas.
5. Bukti penghantaran tidak dianggap sebagai bukti penerimaan dan
semua kos berkaitan dengan tawaran sebut harga di atas adalah
menjadi tanggungjawab Penyebut Harga.
6. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara tidak tertakluk untuk
menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang
tawaran. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara berhak untuk
membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum
atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di
atas keputusan tersebut.
7. Tawaran sebut harga tidak akan dipertimbangkan sekiranya Penyebut
Harga :
a) LEWAT mengemukakan tawaran sebut harga;
b) GAGAL mengemukakan dokumen wajib seperti yang dinyatakan
dalam dokumen dan Borang Sebut Harga; dan
c) GAGAL menghadiri taklimat sebut harga.
8. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my.
Pegawai Daerah
Pejabat Daerah dan Tanah
Seberang Perai Utara
|
|
Kod |
Keterangan |
Syarat |
220801 (Bumiputera) | Perkhidmatan-Pertahanan dan Keselamatan(Kawalan Keselamatan (perlu lesen KDN)) | |
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|