|
|
|
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
PENGUMUMAN |
Tiada Pengumuman Setakat Ini |
|
PEROLEHAN TENDER
|
Agensi Pelaksana |
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri |
Nombor Rujukan |
PSUKPP/TENDER/3/2022 |
Klasifikasi Perolehan |
PERKHIDMATAN |
Jenis Perolehan |
Tender |
Tajuk |
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN RUANG PEJABAT JABATAN-JABATAN NEGERI DI KOMTAR PULAU PINANG BAGI TAHUN 2023 SEHINGGA 2024 |
Tarikh Iklan |
1 - Jul - 2022 |
Tarikh Jual |
1 - Jul - 2022 |
Tarikh Tutup |
22 - Jul - 2022 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG,
SEKSYEN PEROLEHAN,
PARAS 30, KOMTAR,
10503 PULAU PINANG |
Perolehan dibuka untuk |
Semua |
Harga Dokumen |
RM 50.00 |
Syarat-syarat |
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang berkaitan:
221001 - Pembersihan Bangunan dan Pejabat; dan
221002 - Membersih Kawasan
serta masih sah tempoh lakunya dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi pembekalan berikut:
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN RUANG PEJABAT JABATAN-JABATAN NEGERI DI KOMTAR PULAU PINANG BAGI
TAHUN 2023 SEHINGGA 2024
2. Syarikat-syarikat yang ingin untuk turut serta dalam tender ini adalah TIDAK DIWAJIBKAN untuk menghadiri lawatan tapak. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak syarikat ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keadaan fizikal di tapak, pihak syarikat boleh menghubungi En. Muhammad Ashraf bin Osman di talian 04-6505332 bagi tujuan penilaian sendiri. Amalan penjarakkan fizikal, penggunaan hand sanitizer dan pemakaian pelitup muka perlu diamalkan sebagai langkah kawalan penularan wabak COVID-19.
3. Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM50.00 secara online dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (SysP) mulai 1 Julai 2022 (Jumaat).
4. Dokumen Tender yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan No. Tender di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen tender tersebut mestilah sampai sebelum atau pada 22 Julai 2022 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Seksyen Perolehan, Paras 30 KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
5. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Tender di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terbabit. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah/tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
6. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 180 hari dari tarikh peti tender ditutup. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my. |
|
Kod |
Keterangan |
Syarat |
221001 | Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Pembersihan Bangunan dan Pejabat) | DAN | 221002 | Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Membersih Kawasan) | |
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|