LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Kewangan Negeri
Nombor Rujukan
RFP 1/2022
Klasifikasi Perolehan
LOT PERNIAGAAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) LOT PERNIAGAAN PESTA PULAU PINANG 2022
Tarikh Iklan
30 - Jun - 2022
Tarikh Jual
1 - Jul - 2022
Tarikh Tutup
22 - Jul - 2022
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG
ARAS 23, KOMTAR
10990, GEORGETOWN
PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 0.00
Syarat-syarat
1. Tawaran ini terbuka kepada semua peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP).

2. RFP ini terbuka kepada hanya peniaga-peniaga yang mempunyai produk berjenama atau berjenama sendiri yang mempunyai keunikan. Cadangan RFP yang menarik akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Penilaian untuk ditawarkan lot perniagaan.

3. Borang RFP hendaklah diisi dengan lengkap dan terang serta tandakan (√) dalam ruagan petak-petak yang berkenaan. Pemohon hendaklah mengisi Nombor Lot Perniagaan yang dipilih di ruang kotak di atas sebelah kiri borang.

4. Senarai lot perniagaan dan harga rizab bagi lot perniagaan yang dibuka untuk RFP adalah seperti di Lampiran 1.

5. Pemohon hanya boleh menghantar satu (1) borang permohonan untuk satu lot perniagaan sahaja. Pemohon yang menghantar lebih daripada satu (1) borang untuk lot perniagaan yang sama akan dibatalkan penyertaannya.

6. Borang RFP hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen seperti berikut : -

(i) 1 salinan kad pengenalan pemilik syarikat (Warganegara Malaysia) atau 1 salinan pasport Antarabangsa pemilik syarikat (Warganegara Asing).

(ii) 1 keping gambar berukuran pasport terkini yang dilekatkan pada borang permohonan.


(iii) 1 salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) / Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9) yang masih berkuat kuasa.

(iv) 1 salinan Maklumat Jenis Perniagaan yang dijalankan dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) / Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9) mestilah bersamaan dengan perniagaan yang akan dijalankan semasa penganjuran Pesta Pulau Pinang 2022.

(v) 1 salinan Maklumat Pemilik Masa Kini / Maklumat Syarikat yang masih berkuat kuasa.

(vi) Profil Syarikat yang mengandungi maklumat ringkas syarikat dan pengalaman syarikat.

(vii) Kertas kerja cadangan RFP yang mengandungi cadangan mengenai perniagaan dan produk.

(viii) Salinan penyata akaun bank syarikat/pemilik 3 bulan terkini.

7. Borang ini hendaklah dimasukkan ke dalam Peti RFP sebelum jam 12.00 tengahari, 22 Julai 2022 di :-

JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG
TINGKAT 23, KOMTAR
10990 GEORGE TOWN
PULAU PINANG.

8. Setiap syarikat yang berjaya dikehendaki mematuhi semua syarat-syarat penyertaan Pesta Pulau Pinang 2022 seperti di Lampiran 2.

9. Pesta Pulau Pinang 2022 akan bermula pada 26 November 2022 hingga 31 Disember 2022 iaitu selama 36 hari. Operasi Pesta Pulau Pinang 2022 ialah bermula jam 6.00 petang hingga 11.00 malam. Operasi Pesta Pulau tertakluk kepada perubahan Jawatankuasa Induk Pesta Pulau Pinang 2022.

10. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Jawatankuasa Perniagaan, Pameran & Taman Hiburan Pesta Pulau Pinang 2022 di talian 04- 2623505.





 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.