LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
PDT Daerah Timur Laut
Nombor Rujukan
PDTL/PP/SH/01/2022
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI KAMPUNG PISANG (LALUAN MASUK TAMAN KEJIRANAN KAMPUNG PISANG), AIR ITAM TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN
Tarikh Iklan
23 - Feb - 2022
Tarikh Jual
23 - Feb - 2022
Tarikh Tutup
09 - Mar - 2022
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH TIMUR LAUT
TINGKAT 51
BANGUNAN KOMTAR
10000 GEORGE TOWN ,PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Kontraktor dikehendaki mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Syarat-syarat Am Sebutharga. Sekiranya didapati kontraktor tidak mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan, maka sebutharga tersebut akan ditolak.
2. Kontraktor hendaklah menyerahkan sebutharga yang telah diisi dan ditandatangani oleh pemilik syarikat yang sah dengan sempurna dalam satu sampul surat bertutup ke alamat sebagaimana yang ditetapkan dalam Kenyataan Sebutharga. Borang sebutharga yang tidak lengkap atau tidak ditandatangani akan ditolak. Kontraktor juga dikehendaki mengembalikan dokumen asas sebutharga yang telah lengkap diisi dan disertakan bersama-sama salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih sah tempoh laku, salinan resit pembayaran untuk pendaftaran Sistem ePerolehan yang terkini. Kontraktor juga dikehendaki mengisi Surat Akuan Pembida dan dilampirkan bersama-sama dokumen sebutharga.
3. Mana-mana sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan oleh kerana sebarang sebab tidak akan dipertimbangkan.
4. Kontraktor yang memasuki tawaran ini disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan telah berpuas hati sebelum menyerahkan tawaran, tentang keadaan tapak bina dan sekitarnya, takat dan jenis kerja, bahan-bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja-kerja, cara perhubungan dengan akses ke tapak bina dan pada amnya hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangka dan segala hal yang mempengaruhi dan menjejaskan tawarannya.
5. Kontraktor diingatkan bahawa harga tawaran yang disebut adalah disifatkan sebagai harga yang meliputi semua perbelanjaan keuntungan, upah, bahan-bahan, insuran dan lain-lain yang berkaitan untuk menyiapkan semua kerja-kerja yang dimaksudkan.
6. Lembaga sebutharga tidak terikat untuk menyetuju terima sebutharga yang terendah atau sesuatu sebutharga dan juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu sebutharga.
7. Senarai nama dan maklumat Kontraktor yang diperakukan oleh Jawatankuasa Sebutharga akan dipamerkan selama satu (1) minggu di papan kenyataan jabatan dan juga melalui laman web jabatan (http://dtl.penang.gov.my).
8. Kontraktor tidak boleh memohon sebarang bayaran pendahuluan.
9. Kontraktor yang berjaya perlu memulakan kerja di tapak bina tidak lewat dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh Inden Kerja dikeluarkan. Kegagalan untuk mematuhi syarat ini tanpa sebarang alasan yang munasabah akan menyebabkan tawaran ini dibatalkan tanpa sebarang notis.
10. Kontraktor yang menolak tawaran sebutharga ini setelah ditawarkan kepadanya oleh kerana sebarang sebab akan diambil tindakan pentadbiran yang sewajarnya.
11. Kontraktor disifatkan sebagai telah menyelidiki dan memahami dengan jelas akan maksud dan kehendak kerja-kerja dalam sebutharga serta hendaklah melaksanakan dan menyiapkan dengan sempurna mengikut lukisan-lukisan pelan (jika ada), penentuan kerja, syarat-syarat sebutharga dan juga arahan-arahan Pegawai Penguasa dari jabatan ini.
12. Kesemua kerja mestilah disiapkan dalam tempoh yang ditawarkan dalam borang sebutharga atau dalam masa yang dilanjutkan oleh Pegawai Penguasa secara bertulis. Tarikh mula dan tarikh siap adalah seperti yang tercatat dalam Inden Kerja yang dikeluarkan kepada Kontraktor yang berjaya.
13. Kontraktor yang gagal menyiap atau menyempurnakan kerja sebutharga ini akan dikenakan tindakan penahanan pembayaran atau pemotongan bagi spesifikasi kerja yang belum siap atau yang tidak sempurna itu. Sekiranya perkara ini berlaku, Pegawai Penguasa boleh mengambil tindakan untuk melantik Kontraktor yang lain bagi menyiapkan baki kerja itu yang tidak sempurna itu. Segala rayuan dan tuntutan daripada Kontraktor Asal yang berjaya dalam sebutharga ini tidak akan dilayan.
14. Tiada apa-apa perubahan atau tambahan dibenarkan boleh dibuat pada borang sebutharga atau mana-mana dokumen sebutharga melainkan yang ditawarkan atau yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.
15. Tempoh kecacatan kerja ialah enam (6) bulan dan sebarang kecacatan yang berlaku dalam tempoh tersebut akan ditanggung sepenuhnya dan dibaiki semula oleh pihak kontraktor.
16. Kontraktor juga diwajibkan untuk muat turun (download) sendiri dokumen sebutharga di dalam sistem ePerolehan. Sebarang dokumen sebutharga yang difotokopi daripada kontraktor lain adalah tidak dibenarkan.
17. Kontraktor TIDAK DIWAJIBKAN untuk menghadiri lawatan tapak bagi sebut harga ini. Namun pihak kontraktor boleh melawat sendiri tapak berkenaan bagi mendapatkan maklumat lebih tepat dan mengetahui keadaan/maklumat tambahan yang berguna bagi menyediakan tawaran sebut harga. Maklumat dan ‘brief projek’ dilampirkan di dalam DOKUMEN MEJA.
 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G1 - CE - CE01 Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam(Pembinaan Jalan dan Pavmen)
 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
Dokumen Meja 3Dokumen Meja 3
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.