LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jab. Perkhid. Veterinar Negeri
Nombor Rujukan
JPVPP 03/07-34/2021
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA API) DI IBU PEJABAT, JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR PULAU PINANG
Tarikh Iklan
17 - Nov - 2021
Tarikh Jual
23 - Nov - 2021
Tarikh Tutup
29 - Nov - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Jalan Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA API) DI IBU PEJABAT, JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR PULAU PINANG

(NO SEBUT HARGA : JPVPP/03/07-34/2021)

1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang:
220801 - PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (PERLU LESEN KDN)
2. Butiran sebut harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

BIL KOD SEBUT HARGA : JPVPP/03/07-34/2021
KOD BIDANG : 220801
Tarikh/Masa Tutup Sebut harga : 29 November 2021 (Isnin)
Masa : Sebelum jam 12.00 tengahari
Tarikh Taklimat Sebut Harga : 23 November 2021 (Selasa)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Timorensis, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang

3. Urus setia bagi sebut harga ini adalah Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang.

4. Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM 10.00 secara atas talian dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri (sysP) di alamat url http://ep.penang.gov.my mulai 23 November 2021 (Selasa).

5. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikemukakan sebanyak dua (2) salinan bagi setiap tawaran di mana satu (1) salinan asal ditandakan “ASAL (ORIGINAL)” dan 1 lagi salinan tambahan ditanda “SALINAN (COPY)” bersama dokumen sokongan yang lain dan dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat yang berlainan serta dicatatkan perkataan TAWARAN KEWANGAN (bagi sampul tawaran kewangan Penyebut harga) atau Tawaran TEKNIKAL (bagi sampul tawaran teknikal Penyebut harga) dan NO SEBUT HARGA : JPVPP/03/07-34/2021 pada penjuru atas sebelah kiri sampul sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga seperti di atas. Kedua-dua sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat dan dialamatkan kepada pihak Urus setia seperti berikut:-


SULIT - NO SEBUTHARGA : JPVPP/03/07-34/2021
TAWARAN TEKNIKAL

Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,
Jalan Bukit Tengah
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang


SULIT - NO SEBUTHARGA : JPVPP/03/07-34/2021
TAWARAN KEWANGAN

Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang,
Jalan Bukit Tengah
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang

dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga sebelum pukul 12.00 tengahari
pada atau sebelum 29 November 2021 (Isnin). Tawaran sebut harga yang
lewat diterima sama ada secara pos atau serahan tangan TIDAK akan
dipertimbangkan. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti sebut harga ditutup. Dokumen sebut harga boleh dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang ditempatkan di Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, Jalan Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang.

6. Pihak Urus setia tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.

7. Penyebut harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen seperti yang diminta oleh pihak Urus setia di dalam dokumen sebut harga. Penyebut harga yang gagal mengemukakan kesemua dokumen-dokumen yang diminta, maka Urus setia mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Penyebut harga.

8. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab penyebut harga terbabit. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.



 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
220801 (Bumiputera)Perkhidmatan-Pertahanan dan Keselamatan(Kawalan Keselamatan (perlu lesen KDN))
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
23 Nov 202110:00 amBilik Mesyuarat TimorensisIbu Pejabat, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau PinangWAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
23 Nov 202110:00 amBilik Mesyuarat Timorensis
 
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.