LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jab. Perkhid. Veterinar Negeri
Nombor Rujukan
JPVPP 03/07-08/2021
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
KERJA-KERJA PENYEDIAAN TERMASUK MEREKA BENTUK DAN MEMASANG PAPAN TANDA DAN BILLBOARD BAGI TUJUAN KEMPEN KESEDARAN DI BAWAH AKTA KEBAJIKAN HAIWAN 2015
Tarikh Iklan
14 - Apr - 2021
Tarikh Jual
19 - Apr - 2021
Tarikh Tutup
30 - Apr - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG, BUKIT TENGAH 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Kelas G1 Taraf Bumiputera Di Bawah Kategori CE Pengkhususan CE13 (Gred-G1-CE13) dan masih dibenarkan membuat sebut harga buat masa ini untuk melaksanakan kerja-kerja

2. Kontraktor-kontraktor yang berminat dikehendaki menghadiri satu lawatan tapak DAN taklimat pada (ISNIN) 19 APRIL 2021. Kontraktor-kontraktor dikehendaki melaporkan diri Untuk Sesi Pendaftaran (WAJIB) di BILIK MESYUARAT TIMORENSIS JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG , JAM 10.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI pada hari tersebut. SILA BAWA BERSAMA COP SYARIKAT UNTUK MELANCARKAN LAGI PROSES PENDAFTARAN

3. Borang sebut harga akan hanya dikeluarkan kepada kontraktor-kontraktor yang hadir pada hari lawatan tapak sahaja. Untuk maksud ini kontraktor-kontraktor atau penama-penama yang sah dikehendaki mengemukakan SIJIL PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang berkaitan Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan serta Sijil Taraf Bumiputra. Sebarang SALINAN SIJIL PENDAFTARAN ASAL yang dikemukakan tidak akan dilayan.

4. Lawatan tapak hendaklah dihadiri sendiri oleh pemilik syarikat berkenaan dan bukan diwakilkan dengan mengemukakan salinan sijil asal.

5. Borang sebut harga boleh dibeli melalui Laman Web http://ep.penang.gov.my dengan senaskah berharga RM 10.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja ) mulai 19 APRIL 2021(ISNIN) selepas jam 2.00 petang.

6. Sebut harga ini akan ditutup pada (JUMAAT) 30 APRIL 2021. Borang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG, BUKIT TENGAH 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG pada tarikh seperti yang dinyatakan di atas sebelum atau pada 30 April 2021, jam 12.00 tengahari.

7. Kerajaan Negeri tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah atau sebarang sebut harga.

PENGARAH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
PULAU PINANG.
Tarikh : 14/4/2021


SOP TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK :

1. Kontraktor/ penyebut harga yang hadir perlu menjalani pengukuran suhu badan di , JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG, BUKIT TENGAH 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG sebelum berurusan bagi mendaftar kehadiran.

2. Kontraktor/ penyebut harga perlu mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia atas pemakaian penutup hidung dan muka (face mask) dan pembersih tangan (hand sanitizer) ;

3. Kontraktor/ penyebut harga yang disaring dengan suhu 37.5ºC atau lebih tidak dibenarkan masuk dan perlu menjalani pengukuran suhu badan semula; dan

4. Penjarakkan sosial perlu dipatuhi setiap masa.
 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G1 - CE - CE13 Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam(Pemasangan Tanda Arah)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
19 Apr 202111:00 amBilik Mesyuarat Timorensis
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jalan Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
Bilik Mesyuarat Timorensis
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jalan Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
WAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
19 Apr 202111:00 amBilik Mesyuarat Timorensis
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jalan Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.