LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jab. Perkhid. Veterinar Negeri
Nombor Rujukan
JPVPP 03/07-01/2021
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR MAKANAN TERNAKAN BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN ANEKA HAIWAN DI NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2021
Tarikh Iklan
29 - Dec - 2020
Tarikh Jual
2 - Jan - 2021
Tarikh Tutup
12 - Jan - 2021
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG, JALAN BUKIT TENGAH, 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebutharga :-

1] KEADAAN MAKANAN TERNAKAN
Makanan ternakan mestilah dalam keadaan yang baik dan tiada kerosakan.

2] HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3] SEBUTHARGA SEBAHAGIAN
Sebutharga boleh ditawarkan bagi semua jenis makanan ternakan atau sebahagian jenis makanan ternakan.
4] BARANG-BARANG SETARA

Sebutharga boleh ditawarkan bagi makanan ternakan setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

5] PENYETUJUAN
a) Kerajaan tidak terikat untuk menyetujuterima Sebutharga yang terendah atau mana-mana Sebutharga; dan
b) Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai suatu Sebutharga yang berasingan; dan
c) Jabatan berhak memilih syarikat untuk membekalkan satu jenis bekalan sekiranya perolehan itu lebih menguntungkan.

6] PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI
Penyebutharga dikehendaki memperakui bahawa bekalan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

7] PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana Sebutharga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

8] TAFSIRAN
Sebutharga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebutharga
bersetuju tertakluk hanya kepada bidangkuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

9] CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

10] MATAWANG
Sebutharga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

11] PENYERAHAN BEKALAN
i. Penyebutharga yang berjaya perlu menghantar bekalan makanan secara berperingkat mengikut jadual spesifikasi seperti dijadualkan.
ii. Pembekalan adalah bagi tempoh Tempoh penghantaran/membekalan adalah bagi tempoh 12 bulan bermula Januari 2021 sehingga Disember 2021.
iii. Penyebutharga hendaklah menghantar sekurang-kurangnya dua salinan surat penyerahan bersama-sama dengan tiap-tiap satu penyerahan makanan ternakan dan satu salinannya akan diperakui terima dan dikembalikan kepada penyebutharga apabila makanan ternakan itu diterima.

12] KUANTITI TAWARAN/KUANTITI TAMBAHAN
JPVPP berhak menambah atau mengurangkan mana-mana kuantiti yang ditetapkan dalam dokumen sebut harga pada masa Surat Setuju Terima Tawaran dikeluarkan kepada Penyebut Harga yang berjaya. Selain daripada kuantiti yang telah ditetapkan dalam Surat Perjanjian, JPVPP boleh memesan kuantiti tambahan dalam tempoh kontrak dari tarikh kontrak ditandatangani dan Penyebut Harga hendaklah membekalkannya dengan harga yang sama.

13] PEMBAYARAN
i. Proses pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa bagi setiap penghantaran iaitu Fasa 1 (Januari 2021 hingga Mac 2021), Fasa 2 (April 2021 hingga Jun 2021), Fasa 3 (Julai 2021 hingga September 2021), dan Fasa 4 (Oktober 2021 hingga Disember 2021).
ii. Dokumen sokongan yang asal untuk proses pembayaran seperti Inbois perlu dihantar setiap fasa manakala Nota Penghantaran perlu dihantar setiap kali penghantaran bekalan makanan dibuat.
iii. Pihak jabatan berhak meminda amaun pembayaran sekiranya syarat pembekalan dan spesifikasi tidak dipatuhi.

14] SYARAT-SYARAT LAIN
i. Harga yang ditawarkan adalah muktamad dan sebarang tuntutan
tambahan ekoran kenaikan kos bekalan tidak akan dipertimbangkan untuk
pembayaran.
ii. Jabatan berhak menamatkan perjanjian sekiranya terdapat sebarang
ketidakpatuhan pada sebutharga ini.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
070302 PERTANIAN, PERHUTANAN DAN TERNAKAN-Ubat, Makanan Ternakan/Tumbuhan, Peralatan Dan Aksesori(Makanan Haiwan/Akuatik)
 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.