LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Kewangan Negeri
Nombor Rujukan
10/2019 (LOT B10)
Klasifikasi Perolehan
LOT PERNIAGAAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
SEBUT HARGA LOT PERNIAGAAN SEMPENA PESTA PULAU PINANG 2019 DI TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG (LOT B10)
Tarikh Iklan
14 - Aug - 2019
Tarikh Jual
14 - Aug - 2019
Tarikh Tutup
17 - Sep - 2019
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG
ARAS 23, KOMTAR
10990, GEORGETOWN
PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Sebut harga ini terbuka kepada semua peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP).

2. Borang Sebut Harga ini dikeluarkan mengikut nombor lot perniagaan, pastikan pemohon membeli dokumen secara online dengan betul untuk mengelak sebarang kerugian dan kesilapan. Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab di atas kesilapan membeli borang oleh pemohon.

3. Borang Sebut Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan terang dan tandakan (√)dalam petak-petak yang berkenaan. Pemohon boleh memuat turun borang yang betul yang mengandungi nombor lot perniagaan di atas sebelah kiri borang. Harga rizab bagi lot-lot perniagaan adalah seperti di Lampiran 1.

4. Pemohon hanya boleh menghantar satu (1) borang permohonan untuk satu lot perniagaan sahaja. Pemohon yang menghantar lebih daripada satu (1) borang untuk lot perniagaan yang sama akan dibatalkan penyertaannya.

5. Pemohon yang menawarkan harga yang sama atau melebihi harga rizab dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta mempunyai rekod yang baik dengan Pesta Pulau Pinang sebelum ini sahaja akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Sebut Harga. Sektor perniagaan bagi lot yang dipilih mestilah bersesuaian seperti di Lampiran 1.

6. Pemohon perlu menyertakan Banker-Cheque atas nama BENDAHARI NEGERI PULAU PINANG dengan nilai seperti di Lampiran 1. Banker-Cheque ini akan dipulangkan kepada pemohon sekiranya pemohon gagal dalam tawaran sebut harga. Bagi pemohon yang berjaya, banker-cheque ini akan dijadikan sebagai bayaran deposit. Sekiranya pemohon yang berjaya menolak tawaran, pemotongan deposit sebanyak lima puluh peratus (50%) akan dikenakan sebagai penalti.


7. Borang Sebut Harga hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut : -

Dokumen Asas

(i) 1 salinan kad pengenalan pemilik syarikat (rakyat Malaysia) atau 1 salinan passport Antarabangsa pemilik syarikat (rakyat asing).
*Keutamaan kepada peniaga warganegara Malaysia*

(ii) 1 keping gambar berukuran pasport terkini yang dilekatkan pada borang permohonan.

Dokumen Perniagaan

(iii) 1 salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) / Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9) yang masih berkuat kuasa.

(iv) 1 salinan Maklumat Jenis Perniagaan yang dijalankan dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) / Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9) mestilah bersamaan dengan perniagaan yang akan dijalankan semasa penganjuran Pesta Pulau Pinang.

(v) 1 salinan Maklumat Pemilik Masa Kini / Maklumat Syarikat yang masih berkuat kuasa.

(vi) Profil Syarikat yang mengandungi maklumat ringkas syarikat dan perniagaan yang dijalankan. Perniagaan yang dijalankan mestilah yang bersesuaian dengan sektor dan lot perniagaan yang dipilih.

Dokumen Kewangan

(vii) Banker-cheque atas nama BENDAHARI NEGERI PULAU PINANG dengan nilai yang telah ditetapkan bagi setiap lot perniagaan yang hendak dipohon seperti di Lampiran 1.

(viii) Pemohon juga perlu menyediakan satu sampul kosong beralamat sendiri dan dilekatkan setem untuk tujuan pemulangan semula cek sekiranya permohonan gagal.

(ix) Salinan penyata akaun bank syarikat/pemilik Mei, Jun dan Julai 2019.

Dokumen Sokongan

(x) Resit Rasmi bukti pembelian dokumen daripada Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP).



8. Borang ini hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga sebelum jam 12.00 tengahari, 17 September 2019 di :-

JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG
ARAS 23, KOMTAR
10990, GEORGETOWN
PULAU PINANG

9. Setiap syarikat yang berjaya dikehendaki mematuhi semua syarat-syarat penyertaan Pesta Pulau Pinang seperti di Lampiran II.

10. Pesta Pulau Pinang 2019 akan bermula pada 1 Disember 2019 hingga 31 Disember 2019 iaitu selama 31 hari. Operasi Pesta Pulau Pinang 2019 ialah bermula jam 6.00 petang hingga 11.00 malam. Operasi Pesta Pulau Pinang tertakluk kepada perubahan Jawatankuasa Induk Pesta Pulau Pinang 2019.

11. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Jawatankuasa Sektor Perniagaan & Taman Hiburan Pesta Pulau Pinang 2019 di talian 04-2623505.
 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
Dokumen Meja 3Dokumen Meja 3
 

© 2019 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.