LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER BULAN RAMADAN 12/3/2024 - 9/04/2024

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN CABUTAN UNDI

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Kewangan Negeri
Nombor Rujukan
9/2019 (PETI 5)
Klasifikasi Perolehan
LOT PERNIAGAAN
Jenis Perolehan
Cabutan Undi
Tajuk
CABUTAN UNDI LOT PERNIAGAAN PESTA PULAU PINANG 2019 DI TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG(PETI 5 - LOT M KEDAI MINUM)
Tarikh Iklan
9 - Aug - 2019
Tarikh Cabutan Undi
12 - Sep - 2019
Masa Cabutan Undi
9:00 am
Tempat Cabutan Undi
AUDITORIUM A DAN C TINGKAT 5 KOMTAR ,
GEORGETOWN PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Syarat-syarat
1. Cabutan Undi ini terbuka kepada semua peniaga warganegara Malaysia / Penduduk Tetap yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

2. Borang Cabutan Undi hendaklah diisi dengan lengkap, terang dan tandakan (√) dalam petak-petak yang berkenaan.

3. Harga sewaan lot perniagaan telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Sektor Perniagaan & Taman Hiburan Pesta Pulau Pinang 2019 seperti di Lampiran 1.

4. Borang Cabutan Undi hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut : -

Dokumen Asas

(i) 1 salinan kad pengenalan pemilik syarikat

(ii) 1 keping gambar berukuran pasport terkini yang dilekatkan pada borang permohonan.

Dokumen Perniagaan

(iii) 1 salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) / Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9) yang masih sah laku.

(iv) 1 salinan Maklumat Jenis Perniagaan yang dijalankan dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D) / Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9) mestilah bersamaan dengan perniagaan yang akan dijalankan semasa penganjuran Pesta Pulau Pinang 2019.

(v) 1 salinan Maklumat Pemilik Masa Kini dan Maklumat Perniagaan yang masih berkuat kuasa.



Dokumen Kewangan

(vi) ‘Banker-Cheque’ atas nama BENDAHARI NEGERI PULAU PINANG dengan nilai yang telah ditetapkan di Lampiran 1. ‘Banker-Cheque’ ini akan dikembalikan semula sekiranya pemohon gagal dalam proses cabutan undi. Bagi pemohon yang berjaya, banker-cheque ini akan dijadikan sebagai bayaran deposit. Sekiranya pemohon yang berjaya tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan, pemotongan deposit sebanyak lima puluh peratus (50%) akan dikenakan sebagai penalti.

(vii) Salinan penyata akaun bank syarikat / pemilik bagi Julai 2019.

Dokumen Sokongan

(viii) Senarai makanan/minuman dan harga yang hendak dijual di Pesta Pulau Pinang 2019. Jawatankuasa Pesta Pulau Pinang 2019 berhak menolak permohonan sekiranya pemohon gagal mengemukakan senarai makanan/minuman dan harga yang jelas.

(ix) Bagi permohonan gerai makanan dan minuman, pemohon wajib mendapatkan suntikan TY2. Salinan pengesahan suntikan TY2 hendaklah diserahkan semasa pendaftaran. Suntikan TY2 boleh diperoleh di mana-mana klinik kerajaan dan swasta.

(x) Surat Akuan Pembida yang lengkap diisi oleh pemohon.

5. Semua dokumen asal seperti di perenggan 4 perlu dikemukakan sewaktu pendaftaran bagi tujuan semakan.

6. Pendaftaran dan cabutan undi lot perniagaan Pesta Pulau Pinang akan dijalankan pada tarikh seperti berikut :

Bahagian 2


Tarikh : 12hb September 2019 (Khamis)
No Peti Undi : 4 dan 5
Tempat : Auditorium A & C KOMTAR
Masa : 9.00 pg – 12.00 tgh – Pendaftaran
2.00 ptg – 5.00 ptg - Cabutan Undi

7. Pemilik syarikat DIWAJIBKAN hadir semasa proses pendaftaran dan cabutan undi. Wakil syarikat tidak dibenarkan. Bagi syarikat Sendirian Berhad / Berhad wakil syarikat yang hadir hendaklah mengemukan surat kebenaran daripada pihak syarikat. Surat tersebut hendaklah, menggunakan kepala surat syarikat dan perlu ditaip menggunakan komputer. Surat mestilah ditandatangani oleh ahli salah seorang daripada ahli Lembaga pengarah syarikat.

8. Setiap pemilik syarikat hanya dibenarkan mendaftar untuk SATU lot perniagaan dalam Bahagian 2. Jawatankuasa Sektor Perniagaan & Taman Hiburan Pesta Pulau Pinang berhak membatalkan pendaftaran syarikat / tawaran lot sekiranya arahan ini gagal dipatuhi.

9. Setiap syarikat yang berjaya dikehendaki mematuhi semua syarat- syarat penyertaan Pesta Pulau Pinang 2019 seperti di Lampiran 2.

10. Penyertaan bagi gerai makanan dan minuman pada tahun 2019 akan mengamalkan konsep tempat duduk bebas kepada pengunjung di medan selera. Pengunjung berhak memilih untuk memesan makanan dan minuman di gerai pilihan mereka. Selain itu, kawalan harga makanan dan minuman juga akan diperketatkan dengan mewajibkan semua pemohon bagi bahagian ini menghantar senarai harga makanan dan minuman yang hendak dijual semasa pendaftaran Cabutan Undi. Peniaga WAJIB mematuhi senarai barangan yang hendak dijual setelah disahkan semasa pendaftaran cabutan undi dijalankan. Ketidakpatuhan kepada syarat ini akan mengakibatkan pembatalan penyertaan daripada Pesta Pulau Pinang 2019.

11. Pesta Pulau Pinang 2019 akan bermula pada 1 Disember 2019 hingga 31 Disember 2019 iaitu selama 31 hari. Operasi Pesta Pulau Pinang 2019 ialah bermula jam 6.00 petang hingga 11.00 malam. Operasi Pesta Pulau Pinang tertakluk kepada perubahan Jawatankuasa Induk Pesta Pulau Pinang 2019.

12. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Jawatankuasa Sektor Perniagaan & Taman Hiburan Pesta Pulau Pinang 2019 di talian 04-2623505.

13. Borang ini boleh dimuat turun secara percuma di Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sysP) di alamat http://ep.penang.gov.my.

14. Yuran penyertaan untuk satu permohonan ialah RM10.00 dan perlu dijelaskan semasa pendaftaran cabutan undi.
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.