LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Perancang Bandar & Desa
Nombor Rujukan
JPBD/01/0507/3
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERISIAN ARCGIS ENTERPRISE STANDARD : PER 4-CORE SERVER & ARCGIS ONLINE NAMED USER LEVEL 2 TERM LICENSE UP TO 5 NAMED USERS UNTUK PLANMALAYSIA@PULAU PINANG
Tarikh Iklan
20 - Jun - 2017
Tarikh Jual
20 - Jun - 2017
Tarikh Tutup
20 - Jul - 2017
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Pejabat PLANMalaysia@Pulau Pinang
Tingkat 54, KOMTAR,
George Town,
Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 0.00
Syarat-syarat
SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA

Penyebutharga dikehendaki mematuhi sepenuhnya syarat-syarat berikut apabila menyertai sebutharga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan sebutharga yang dikemukakan oleh penyebutharga ditolak.

1. KELAYAKAN MEMASUKI SEBUTHARGA

1.1 Syarikat-syarikat yang hendak memasuki Sebutharga MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERISIAN ARCGIS ENTERPRISE STANDARD : PER 4-CORE SERVER & ARCGIS ONLINE NAMED USER LEVEL 2 TERM LICENSE UP TO 5 NAMED USERS hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

1.2 Syarikat hendaklah menyertakan bersama dengan Borang-Borang Sebutharga salinan Sijil Pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat yang tidak menyertakan salinan Sijil berkenaan adalah tidak layak dipertimbangkan.

1.3 Sebutharga terbuka kepada syarikat Taraf Bumiputera dan Bukan Bumiputera. Sekiranya syarikat tersebut bertaraf Bumiputera, salinan sijil Taraf Bumiputera (jika ada) hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang sebutharga.

1.4 Hanya sebutharga yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat yang memuat turun dokumen melalui ePerolehan Negeri Pulau Pinang sahaja akan diterima untuk pertimbangan.

1.5 Pelawaan ini adalah terikat dengan Arahan Kepada Penyebutharga, Syarat-syarat Am Sebutharga dan Spesifikasi Teknikal/Spesifikasi Perkhidmatan yang disertakan bersama-sama dalam dokumen sebutharga.

1.6 Penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat tersebut apabila menyertai sebutharga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat akan menyebabkan sebutharga tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

1.7 Sebutharga hendaklah dibuat atas Dokumen asal Sebutharga yang dibeli oleh penyebutharga. Sebutharga tidak boleh dibuat atas Borang-Borang salinan. Semua borang-borang berhubung dengan sebutharga hendaklah ditandatangani oleh penama yang diberi kuasa. Mana-mana Borang yang tidak bertandatangan dan tiada cop rasmi Penyebutharga tidak layak untuk dipertimbangkan.






2. BORANG MAKLUMAT LATARBELAKANG SYARIKAT

2.1 Syarikat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dengan Borang Maklumat Latarbelakang Syarikat iaitu Borang B.

(a) Untuk syarikat persendirian atau perkongsian, satu salinan Borang Pendaftaran Perniagaan A dan B;

(b) Untuk syarikat Sendirian Berhad, satu salinan Memorandum dan Artikel Syarikat.

2.2 Sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pindaan kepada dokumen tersebut, syarikat adalah dikehendaki untuk memberitahu PLANMalaysia@Pulau Pinang secara bertulis.



3. HARGA TAWARAN

3.1 Harga tawaran adalah termasuk semua kos seperti kos tenaga kerja, pengangkutan, perkhidmatan, peralatan dan sebagainya.

3.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebutharga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas sebutharga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sah laku sebutharga. Penyebutharga yang berjaya ditawarkan sebutharga ini dikehendaki mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang masa kontrak ini berkuatkuasa dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan harga, kecuali ditetapkan sebaliknya.

3.3 PLANMalaysia@Pulau Pinang berhak menyemak semula jumlah harga tawaran berdasarkan kepada kadar harga yang ditawarkan oleh penyebutharga. Sekiranya terdapat apa-apa perbezaan kepada jumlah harga yang ditawarkan dengan maklumat semakan semula oleh PLANMalaysia@Pulau Pinang, jumlah harga tawaran yang disemak semula oleh PLANMalaysia@Pulau Pinang akan digunapakai untuk tujuan sebutharga ini.


4. SPESIFIKASI TEKNIKAL / SPESIFIKASI PERKHIDMATAN

Penyebutharga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi teknikal / spesifikasi perkhidmatan yang perlu dibekalkan / diberikan bagi melaksanakan MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERISIAN ARCGIS ENTERPRISE STANDARD : PER 4-CORE SERVER & ARCGIS ONLINE NAMED USER LEVEL 2 TERM LICENSE UP TO 5 NAMED USERS supaya tidak timbul masalah kesilapan dalam meletakkan harga.


5. TEMPOH SAHLAKU SEBUTHARGA

Tempoh sahlaku sebutharga ini adalah selama 90 hari bermula daripada tarikh sebutharga ditutup.


6. PENGHANTARAN, PEMASANGAN, KONFIGURASI DAN PENGUJIAN

Penghantaran hendaklah dibuat oleh pembekal yang berjaya dalam tempoh satu 6 Minggu dari tarikh pesanan dikeluarkan, atau dalam tempoh yang dilulus untuk dilanjutkan. Jika pembekal yang berjaya gagal melaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan, PLANMalaysia@Pulau Pinang akan membatalkan pesanan tersebut dan berhak mendapatkan bekalan dari mana-mana pembekal.


7. KESALAHAN DAN TINDAKAN TATATERTIB

7.1 Sekiranya mana-mana syarikat bersabit dengan kesalahan-kesalahan berikut, maka PLANMalaysia@Pulau Pinang berhak untuk mengambil tindakan mengikut syarat-syarat kontrak dan peraturan tatatertib yang sewajarnya.

a. Gagal memenuhi obligasi kontrak ;
i. Lewat memberikan perkhidmatan
ii. Gagal memberikan perkhidmatan
iii. Gagal memberikan mutu perkhidmatan
iv. Gagal menepati spesifikasi
b. Pemalsuan maklumat/dokumen;
c. Pakatan harga;
c. Sub kontrak secara tidak sah;
d. Gagal mematuhi etika integriti;
e. Kesalahan jenayah;
g. Tanggungan sivil seperti penghutang penghakiman, bankrap dan receivership/liquidator.

7.2 Penyebutharga tidak boleh menarik balik tawaran selepas dari tarikh penutupan sebutharga dan sebelum tamat tempoh sah laku sebutharga atau mengenakan had dan syarat tambahan selepas tarikh penutupan sebutharga atau menolak tawaran setelah sebutharga dipertimbangkan atau tawaran dibuat.

7.3 Hukuman-hukuman yang akan dikenakan terhadap syarikat mengikut syarat-syarat kontrak dan peraturan tatatertib yang ditetapkan oleh PLANMalaysia@Pulau Pinang, di antaranya adalah seperti berikut :-

a. Amaran
b. Denda LAD
c. Penamatan Kontrak
d. Gantung Penyertaan
e. Disenaraihitam


8. SETUJUTERIMA

PLANMalaysia@Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga.


9. KADAR DENDA (LAD)

9.1 Sebarang kegagalan memenuhi obligasi kontrak seperti yang dinyatakan, Syarikat yang dilantik akan dikenakan denda mengikut peruntukan dalam kontrak. Kadar denda yang akan ditetapkan adalah seperti berikut :


Kesalahan Tindakan Tatatertib

Kelewatan Melaksanakan
Bekalan/Perkhidmatan/Kerja RM50.00 sehari


Kegagalan Melaksanakan
Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Disenarai hitam


Kegagalan memberikan
Bekalan/Perkhidmatan/Kerja berkualiti Bekalan ditolak dan perlu
diganti baru
Kegagalan Menepati Spesifikasi
Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bekalan ditolak dan perlu
diganti baru

 
 
 
 

© 2019 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.