LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER BULAN RAMADAN 12/3/2024 - 9/04/2024

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Kewangan Negeri
Nombor Rujukan
2/2015
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
PENYEWAAN TEMPAT LETAK KERETA 'A' DI TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA SEMPENA MUSIM PERAYAAN (BAZAR RAMADAN)
Tarikh Iklan
30 - Jan - 2015
Tarikh Jual
1 - Feb - 2015
Tarikh Tutup
27 - Feb - 2015
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
PETI SEBUT HARGA JABATAN KEWANGAN NEGERI TINGKAT 23, KOMTAR
PULAU PINANG.
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 0.00
Syarat-syarat
1.Tawaran ini adalah dibuka kepada syarikat atau pertubuhan atau
persatuan yang berdaftar secara sah dengan pihak berkuasa
berkaitan. Pemohon oleh individu atau orang perseorangan tidak
akan dipertimbangkan.

2.Borang Sebut Harga ini adalah diedarkan secara percuma dan
boleh diperolehi daripada laman portal rasmi Kerajaan Negeri Pulau
Pinang (www.penang.gov.my) atau Jabatan Kewangan Negeri
Pulau Pinang (jkn.penang.gov.my) atau portal (sys-p) Kerajaan
Negeri (ep.penang.gov.my). Pembida yang berminat perlu memuat
turun borang ini di laman web yang dinyatakan dan kos cetakan
adalah ditanggung oleh pembida.

3.Borang Sebut Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan terang.
Pembida hendaklah mengisi harga bidaan yang ditawarkan dalam
Borang Sebut Harga, tetapi harga bidaan tidak boleh kurang
daripada harga simpanan yang telah ditetapkan.

4.Pembida yang menawarkan harga bidaan yang terbaik dan
mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipilih. Walau
bagaimanapun, harga bidaan tertinggi tidak semestinya dipilih
kerana penilaian juga akan tertumpu kepada latar belakang
pembida, pengalaman dalam menguruskan program/majlis dan
sebagainya.

5.Satu Borang Sebut Harga adalah terhad untuk satu tujuan
penyewaan sahaja.

6.Borang Sebut Harga hendaklah disertakan dengan
dokumen-dokumen sokongan berikut:
(i) 1 salinan kad pengenalan pegawai atau wakil yang akan
menguruskan penyewaan bagi pihaksyarikat/pertubuhan
/persatuan.
(ii) Surat Akuan Pembida (LAMPIRAN B)
(iii) Sijil Pendaftaran Syarikat/Pertubuhan/Persatuan seperti berikut:

PEMBIDA YANG MERUPAKAN SYARIKAT DALAM KATEGORI REGISTRATION OF BUSINESS (ROB)

1. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat termasuk Maklumat Perniagaan dan Maklumat Pemilik Syarikat Terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah laku; ATAU
PEMBIDA YANG MERUPAKAN SYARIKAT DALAM KATEGORI REGISTRATION OF COMPANY (ROC)

2. Salinan Memorandum and Articles of Association (MMA) (muka 1 dan 2), Borang 24 dan Borang 49 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah laku; ATAU

PEMBIDA YANG MERUPAKAN SEBUAH PERTUBUHAN / PERSATUAN

3. Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang dikeluarkan oleh Perdaftar Pertubuhan Malaysia yang masih sah laku.
 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.