LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jabatan Kewangan Negeri
Nombor Rujukan
7/2013
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
SEBUTHARGA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DI KAWASAN TAPAK PESTA, SUNGAI NIBONG SEMPENA PENGANJURAN PESTA PULAU PINANG 2013
Tarikh Iklan
20 - Aug - 2013
Tarikh Jual
5 - Sep - 2013
Tarikh Tutup
18 - Sep - 2013
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG, PARAS 23 KOMTAR, PULAU PINANG.
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang : 221002 dalam bidang perkhidmatan dibenarkan menyertai sebut harga berikut :

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DI KAWASAN TAPAK PESTA, SUNGAI NIBONG SEMPENA PENGANJURAN PESTA PULAU PINANG 2013

2. Syarikat-syarikat yang ingin untuk turut serta dalam sebut harga ini adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi taklimat / lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 04 September 2013 (Rabu)

Masa : 03.00 petang

Tempat : Dewan A, Unit Tapak Pesta dan Ekspo, Jabatan Kewangan Negeri, Tapak Pesta Sungai Nibong, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Kehadiran : Pemilik Syarikat (Wakil Tidak Dibenarkan)

3. Tuan/Puan adalah diminta membawa bersama dokumen-dokumen yang masih sah laku (salinan asal dan salinan fotostat) seperti berikut :

i) Sijil Pendaftaran Syarikat beserta maklumat pemilik yang masih sah; dan
ii) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah (Kod Bidang ditetapkan).

4. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini dikehendaki mendaftar dengan e-Perolehan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan. Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 secara online dan dimuat turun melalui Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mulai 05 September 2013.

5. Dokumen Sebut Harga yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan No. Sebut Harga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen sebut harga tersebut mestilah sampai sebelum @ pada 18 September 2013 (Rabu) jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG, PARAS 23 KOMTAR, PULAU PINANG. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti sebut harga ditutup.

6. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terbabit. Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah/tertinggi atau sebarang tawaran. Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
221002 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Membersih Kawasan)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
04 Sep 20133:00 pmDewan A, Unit Tapak Pesta dan Ekspo, Jabatan Kewangan Negeri, Tapak Pesta Sungai Nibong, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau Pinang.Tapak Pesta Sungai Nibong, Jabatan Kewangan Negeri, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau PinangWAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
04 Sep 20133:00 pmDewan A, Tapak Pesta dan Ekspo, Jabatan Kewangan Negeri, Tapak Pesta Sungai Nibong, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Sungai Nibong, Pulau Pinang
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.