Agensi Pelaksana |
Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Tajuk |
CADANGAN MEMBINA PUSAT DEPO SAMPAH DI PASAR DAN BALAI RAKYATTAMAN TUN SARDON, HILIR PEMANCAR, D.T.L., PULAU PINANG.
[ JB/PR/PS/TMN.TUNSARDON ]
|
Tempat hantar |
Peti Sebut Harga berhadapan Kaunter Penerangan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Paras 3, KOMTAR |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-2592236 / 04-2592 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
JABATAN KAWALAN BANGUNAN |
Pegawai yang bertanggungjawab |
MUHAMMAD QAIS QAYYUM BIN MOKHTAR |
Nombor Telefon Pertanyaan |
04 2592213 |
Syarat-syarat |
1. Penyebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kelas yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai Sebut Harga.
2. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai Sebut Harga. Pembayaran untuk pembelian dokumen perlu dibuat secara ‘on-line’. Harga dokumen Sebut Harga adalah RM10.00/senaskah. Dokumen Sebut Harga dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun Perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
3. Taklimat untuk Sebut Harga diadakan dengan kehadiran secara fizikal. Pemilik perlu memastikan Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi. Pemilik yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam Sebut Harga ini.Wakil diwajibkan membawa surat kebenaran daripada syarikat untuk menyertai penjelasan tapak.
4. Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga berhadapan Kaunter Penerangan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Paras 3, KOMTAR, Jalan Penang, Pulau Pinang sebelum jam 11:00 pagi pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada Sebut Harga yang lewat diterima.
5. Syarikat yang menyertai Sebut Harga diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.
6. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPP) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) hendaklah disediakan(hardcopy) oleh syarikat semasa menghadiri penjelasan tapak untuk pengesahan dan disertakan bersama dokumen Sebut Harga.
7. Majlis tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang paling terendah harganya atau sebarang Sebut Harga.
8. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan penyebut harga akan menyebabkan Sebut Harga tersebut ditolak serta merta.
|
G1 - B - B04 | Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00 Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan) | |