LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang



 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG
Nombor Rujukan
PBBPP/PP/T16/2018
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN BUKIT DAN LANSKAP SERTA LAIN-LAIN KERJA SEPERTI PEMOTONGAN RUMPUT, PEMANGKASAN POKOK, PEMBERSIHAN JALAN, PARIT DAN CERUN DI KAWASAN BUKIT BENDERA DARI STESEN BAWAH SEHINGGA KAWASAN ATAS BUKIT BENDERA BAGI TEMPOH 2 TAHUN
Tarikh Iklan
5 - Oct - 2018
Tarikh Jual
10 - Oct - 2018
Tarikh Tutup
31 - Oct - 2018
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang, Tingkat 7, Bangunan PBBPP, Jalan Stesen Bukit Bendera, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 50.00
Syarat-syarat
Tender adalah dipelawa daripada semua syarikat tempatan yang memiliki Sijil Suruhanjaya Malaysia (SSM) dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), di bawah kod bidang dan sub-bidang yang masih sah dan berkuatkuasa dan berdaftar dengan ePerolehan (eP) bagi menyertai tender berikut :-


PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN BUKIT DAN LANSKAP SERTA LAIN-LAIN KERJA SEPERTI PEMOTONGAN RUMPUT, PEMANGKASAN POKOK, PEMBERSIHAN JALAN, PARIT DAN CERUN DI KAWASAN BUKIT BENDERA DARI STESEN BAWAH SEHINGGA KAWASAN ATAS BUKIT BENDERA BAGI TEMPOH 2 TAHUN

Berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

dan

Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang
221002

LAWATAN TAPAK
KEHADIRAN: WAJIB
Tarikh : 10 Oktober 2018 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Lokasi :
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang, Tingkat 7, Bangunan PBBPP, Jalan Stesen Bukit Bendera, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

*Dokumen Tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang hadir Lawatan Tapak

RM50.00 (dibayar melalui e-Perolehan)

Dokumen boleh dimuat turun melalui laman web e-Perolehan

Tarikh Tutup : 31 Oktober 2018 (Rabu)
Masa : 12.00 tengahari


2. Kontraktor yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri LAWATAN TAPAK / TAKLIMAT pada tarikh, masa dan alamat seperti di atas. Kontraktor yang tidak hadir Lawatan Tapak / Taklimat, Cadangan Tawaran tidak akan dipertimbangkan. Sekiranya pihak kontraktor ingin menghantar wakil, sila bawa bersama surat perwakilan kuasa. Kontraktor dikehendaki membawa bersama SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MoF) yang masih sah tempohnya semasa lawatan tapak / Taklimat.

3. Dokumen Tender boleh dimuat turun melalui e-perolehan. Semua kontraktor perlu mengisi dan mengembalikan Surat Akuan Pembida seperti di Lampiran Dokumen Tender. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di alamat : Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang, Tingkat 7, Bangunan PBBPP, Jalan Stesen Bukit Bendera, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang tidak lewat jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup tender. Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

4. Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang mempengaruhi kedudukan Penender akan menyebabkan Tender tersebut ‘ditolak serta merta’. Pihak Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima semua tawaran atau sebahagiannya atau mana-mana tawaran yang terendah atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran Tender. Segala kos penyediaan tawaran ditanggung oleh kontraktor.

5. Keterangan lanjut boleh dihubungi di laman web berikut :- http://ep.penang.gov.my/ dan http://www.penanghill.gov.my/

 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
221002 Perkhidmatan-Khidmat Kebersihan Dan Rawatan(Membersih Kawasan)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
10 Oct 201810:00 amTingkat 7, Bangunan PBBPP, Jalan Stesen Bukit Bendera, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang Akan dimaklumkan kemudianWAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
10 Oct 201810:00 amTingkat 7, Bangunan PBBPP, Jalan Stesen Bukit Bendera, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
 
 

© 2018 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.