LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 MESTI BACA!!!
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.T.NO.8/2018 (K)
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
TENDER MELAKSANAKAN KERJA-KERJA PENDAWAIAN ELEKTRIK, MEMBEKAL DAN MEMASANG PERALATAN ELEKTRIK YANG LENGKAP DENGAN AKSESORI-AKSESORI YANG DIPERLUKAN DI RUMAHPANGSA BLOK 715 & 716 MBPP JALAN SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG
Tarikh Iklan
5 - Feb - 2018
Tarikh Jual
5 - Feb - 2018
Tarikh Tutup
26 - Feb - 2018
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Peti Tender yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 50.00
Syarat-syarat
1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kod bidang / kelas yang berkenaan.

2. Kontraktor / pemilik diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen tender. Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam tender ini.

3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai tender. Dokumen tender hanya dijual secara ’on-line’ melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun Perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat. [9.00 pagi – 4.00 petang].

5. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

6. Syarikat yang menyertai tender adalah dibenarkan untuk menyaksikan pembukaan tender pada tarikh dan masa tutup tender yang ditetapkan. Pengumuman harga hanya akan di baca bagi tender yang bersesuaian sahaja tertakluk kepada kebenaran / justifikasi Jawatankuasa Pembuka Tender.

7. Syarikat yang menyertai tender diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.

8. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) hendaklah disertakan bersama dengan dokumen tender.

9. Sila kemukakan sijil GST bersama dokumen tender bagi membolehkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang mendaftar kontraktor yang berjaya kedalam sistem penggunaan GST.

10. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang paling rendah harganya atau sebarang tender.
 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G2 - ME - E04 Keupayaan tidak melebihi RM500,000.00
Mekanikal dan Elektrikal( Pemasangan Voltan Rendah)
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
05 Feb 201810:30 amRumahpangsa Blok 716 Sungai NibongRumahpangsa Blok 716 Sungai NibongWAJIB
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
05 Feb 201810:30 amRumahpangsa Blok 716 Sungai Nibong
 
 
 

© 2018 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.