LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 MESTI BACA!!!
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


 

PEROLEHAN SEBUT HARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.S.NO 186/2017(P)
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebut Harga
Tajuk
PERKHIDMATAN MEMERIKSA ANAI-ANAI DAN SERANGGA PEROSAK DI- HARTA / BANGUNAN MAJLIS TAHUN 2018 (PAKEJ 1)
Tarikh Iklan
2 - Nov - 2017
Tarikh Jual
10 - Nov - 2017
Tarikh Tutup
20 - Nov - 2017
Masa Tutup
11:00 am
Tempat hantar
Peti Sebut Harga di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar di bahagian pulau Pulau Pinang sahaja berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam kod bidang yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan mempunyai Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak dari Jabatan Pertanian.

2. Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen sebutharga. Sijil-sijil asal hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri taklimat. Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam sebut harga ini.

3. Kontraktor perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai sebut harga. Dokumen sebut harga dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun Perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat [9.00 pagi hingga 4.00 petang].

5. Dokumen sebut harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 11.00 pagi pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada sebut harga yang lewat diterima.

6. Kontraktor yang menyertai sebut harga adalah dibenarkan untuk menyaksikan pembukaan sebut harga pada tarikh dan masa tutup yang ditetapkan. Pengumuman harga hanya akan dibaca bagi sebut harga yang bersesuaian sahaja tertakluk kepada kebenaran / justifikasi Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga.

7. Syarikat yang menyertai sebut harga diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.

8. Salinan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia dan Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak dari Jabatan Pertanian hendaklah disertakan bersama dokumen sebut harga.

9. Majlis tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling terendah harganya atau sebarang sebut harga.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
220901 Perkhidmatan-Pengawalan Dan Pengawasan(Kawalan Serangga Perosak, Anti termite)
 
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
10 Nov 20173:30 pmBilik Mesyuarat Jabatan Kawalan Bangunan, Tingkat 11, KOMTAR, Pulau Pinang.
 
 
 

© 2017 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.