LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 MESTI BACA!!!
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


 

PEROLEHAN SEBUT HARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.S.NO 185/2017(K)
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Sebut Harga
Tajuk
SEBUTHARGA TAHUNAN UNTUK MEMBEKAL, MEMASANG DAN MENYELENGGARA KERJA-KERJA KECIL ELEKTRIKAL PADA HARTA/BANGUNAN MAJLIS UNTUK TAHUN 2018 BAGI KAWASAN ZON 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 DAN 10. {JK(J)/ST(K)/150/17}
Tarikh Iklan
10 - Nov - 2017
Tarikh Jual
9 - Nov - 2017
Tarikh Tutup
20 - Nov - 2017
Masa Tutup
11:00 am
Tempat hantar
Peti Sebut harga yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar diPulau Pinang(Bahagian Pulau Sahaja)dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kod bidang/kelas yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan mempunyai Borang Q, Suruhanjaya Tenaga Kelas A Atau B Atau C Sahaja.

2. Kontraktor / pemilik diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen sebutharga. Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam sebutharga ini.

3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai sebutharga. Dokumen sebutharga hanya dijual secara ’on-line’ melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun Perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Sebutharga, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat. [9.00 pagi – 4.00 petang].

5. Dokumen sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan kedalam Peti Sebut harga yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 11.00 pagi pada tarikh tutup yang berkenaan.Pertimbangan tidak akan diberi kepada sebutharga yang lewat diterima.

6. Syarikat yang menyertai sebut harga adalah dibenarkan untuk menyaksikan pembukaan sebutharga pada tarikh dan masa tutup sebut harga yang ditetapkan. Pengumuman harga hanya akan di baca bagi sebutharga yang bersesuaian sahaja tertakluk kepada kebenaran/justifikasi Jawatankuasa Pembuka Sebutharga.

7. Syarikat yang menyertai sebutharga diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.

8. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) hendaklah disertakan bersama dengan dokumen sebutharga.

9. Sila kemukakan sijil GST bersama dokumen sebuthargabagi membolehkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang mendaftar kontraktor yang berjaya kedalam sistem penggunaan GST.

10. Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah harganya atau sebarang sebutharga.

 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G1 - ME - E04 Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00
Mekanikal dan Elektrikal( Pemasangan Voltan Rendah)
ATAU
G2 - ME - E04 Keupayaan tidak melebihi RM500,000.00
Mekanikal dan Elektrikal( Pemasangan Voltan Rendah)
 
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
09 Nov 201710:00 amBilik Mesyuarat, Bahagian Mekanikal & Elektrik (Bengkel),10300 Jalan Gurdwara, Pulau Pinang.
 
 
 

© 2017 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.