LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 MESTI BACA!!!
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.T.NO.99/2017 (K)
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
Cadangan Menaiktaraf Balai Rakyat / Pasar Awam Batu Lanchang (Bumbung & ‘Waterproofing’), Pulau Pinang
Tarikh Iklan
13 - Nov - 2017
Tarikh Jual
20 - Nov - 2017
Tarikh Tutup
18 - Dec - 2017
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Peti Tender yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 850.00
Syarat-syarat
1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dalam kelas yang berkenaan.

2. Kontraktor diwajibkan menghadiri penjelasan tapak sebelum membeli dokumen tender. Kontraktor yang tidak menghadiri penjelasan tapak atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam tender ini. Wakil diwajibkan membawa surat kebenaran daripada syarikat untuk menyertai penjelasan tapak.

3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai tender. Dokumen tender dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat. [9.00 pagi – 4.00 petang].

5. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

6. Syarikat yang menyertai tender adalah dibenarkan untuk menyaksikan pembukaan tender pada tarikh dan masa tutup yang ditetapkan. Pengumuman harga hanya akan dibaca bagi tender yang bersesuaian sahaja tertakluk kepada kebenaran/justifikasi Jawatankuasa Pembuka Tender.

7. Syarikat yang menyertai tender diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.

8. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Sijil GST hendaklah disertakan bersama dokumen tender.

9. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang paling terendah harganya atau sebarang tender.
 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G5 - B - B04 Keupayaan Tidak Melebihi RM 5,000,000.00
Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan)
DAN
G5 - B - B08 Keupayaan Tidak Melebihi RM 5,000,000.00
Pembinaan Bangunan( Pemasangan Bahan Kalis Air)
DAN
G5 - CE - CE11 Keupayaan Tidak Melebihi RM 5,000,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja Pembaikan Konkrit)
 
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
20 Nov 201710:30 amHadapan Pasar Awam Batu Lanchang, Pulau Pinang
(Pendaftaran: 10.00 – 10.30 pagi)
 
 
 

© 2017 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.