LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 MESTI BACA!!!
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


 

PEROLEHAN SEBUT HARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.S.NO 108/2017(K)
Klasifikasi Perolehan
KERJA
Jenis Perolehan
Sebut Harga
Tajuk
SEBUT HARGA KERJA-KERJA MENAIKTARAF SALURAN PAIP PEMBENTUNGAN SEDIA ADA DI PREMIS-PREMIS MAJLIS, JALAN AIR ITAM, PULAU PINANG
Tarikh Iklan
14 - Jun - 2017
Tarikh Jual
21 - Jun - 2017
Tarikh Tutup
03 - Jul - 2017
Masa Tutup
11:00 am
Tempat hantar
Peti Sebutharga yang terletak bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Sebut harga ini adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dalam gred yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. PERMIT SPAN: IPA JENIS B ATAU C

2. Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen sebutharga. Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam sebut harga ini.

3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai sebutharga. Dokumen sebutharga dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun Perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

4. Lukisan tender ini dijual berasingan dengan harga RM30.00 satu set di Unit Lukisan Jabatan Kejuruteraan, Tingkat 13, KOMTAR serta dipamerkan di papan notis di JabatanKejuruteraan, Tingkat 13, KOMTAR.

5. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Sebut Harga, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat. [9.00 pagi – 4.00 petang].

6. Dokumen sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan kedalam Peti Sebutharga yang terletak bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 11.00 pagi pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada sebutharga yang lewat diterima.

7. Syarikat yang menyertai sebutharga adalah dibenarkan untuk menyaksikan pembukaan sebutharga pada tarikh dan masa tutup yang ditetapkan. Pengumuman harga hanya akan dibaca bagi sebutharga yang bersesuaian sahaja tertakluk kepada kebenaran/justifikasi Jawatankuasa Pembuka Sebutharga.

8. Syarikat yang menyertai sebutharga diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.

9. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) hendaklah disertakan bersama dengan dokumen sebut harga.

10. Sila kemukakan Sijil GST bersama semasa mengemukakan dokumen tender/sebut harga bagi membolehkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendaftar syarikat/kontraktor/pembekal yang berjaya ke dalam Sistem Pengurusan GST

11. Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling terendah harganya atau sebarang sebutharga.


 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G1 - CE - CE19 Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00
Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Pembetungan)
 
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
21 Jun 201711:00 amBilik Mesyuarat Iltizam, Jabatan Kejuruteraan, MBPP
 
 
 

© 2017 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.