LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 MESTI BACA!!!
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


 

PEROLEHAN SEBUT HARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.S.NO 106/2017(P)
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebut Harga
Tajuk
CADANGAN MENGECAT SEMULA PREMIS MAJLIS, JALAN BURMAH, PULAU PINANG
Tarikh Iklan
15 - Jun - 2017
Tarikh Jual
19 - Jun - 2017
Tarikh Tutup
03 - Jul - 2017
Masa Tutup
11:00 am
Tempat hantar
Peti Sebutharga di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia

2. Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen sebutharga. Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam sebutharga ini.

3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai sebutharga. Dokumen sebutharga dijual secara ’on-line’ melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat. [9.00 pagi – 4.00 petang].

5. Dokumen sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 11.00 pagi pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada sebutharga yang lewat diterima.

6. Syarikat yang menyertai sebutharga adalah dibenarkan untuk menyaksikan pembukaan sebutharga pada tarikh dan masa tutup yang ditetapkan. Pengumuman harga hanya akan dibaca bagi sebutharga yang bersesuaian sahaja tertakluk kepada kebenaran/justifikasi Jawatankuasa Pembuka Sebutharga.

7. Syarikat yang menyertai sebutharga diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.

8. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan & Sijil GST hendaklah disertakan bersama dokumen sebutharga.

9. Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling terendah harganya atau sebarang sebutharga
 
 
Kod Bidang CIDB
Kod
Keterangan
Syarat
G1 - B - B04 Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00
Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan)
ATAU
G1 - B - B14 Keupayaan tidak melebihi RM200,000.00
Pembinaan Bangunan( Kerja-kerja Cat)
 
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
19 Jun 20173:00 pmHadapan Premis Majlis, Jalan Burmah.
 
 
 

© 2017 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.