LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 MESTI BACA!!!
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Nombor Rujukan
MBPP.T.NO.33/2017 (P)
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
Perkhidmatan Pembangunan “Geographic Information System (GIS)” Termasuk “Data Collection, Conversion, Migration, Data Entry” Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Kawasan Selatan George Town Yang Bersempadan Di Sungai Pinang, Jalan Scotland Dan Jalan Utama Untuk Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Tarikh Iklan
14 - Jun - 2017
Tarikh Jual
14 - Jun - 2017
Tarikh Tutup
10 - Jul - 2017
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Peti Tender yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 50.00
Syarat-syarat
1. Tender adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di bawah bidang berkenaan.

2. Petender diwajibkan menghadiri sesi taklimat sebelum membeli dokumen tender. Petender yang tidak menghadiri sesi taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran tidak layak mengambil bahagian dalam tender ini. Wakil diwajibkan membawa surat kebenaran daripada syarikat untuk menyertai taklimat.

3. Syarikat perlu berdaftar dengan Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk menyertai tender. Dokumen tender dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun ePerolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.

4. Dokumen meja boleh dilihat di Kaunter Urusetia Tender, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 17, KOMTAR pada waktu pejabat [9.00 pagi – 4.00 petang].

5. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti tender di Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR, Pulau Pinang sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.

6. Syarikat yang menyertai tender adalah dibenarkan untuk menyaksikan pembukaan tender pada masa dan tarikh tutup yang ditetapkan. Pengumuman harga hanya akan dibaca bagi tender yang bersesuaian sahaja tertakluk kepada kebenaran/justifikasi Jawatankuasa Pembuka Tender.

7. Syarikat yang menyertai tender diwajibkan melengkapkan Surat Akuan Pembida.

8. Salinan surat/sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) hendaklah disertakan bersama dengan dokumen tender.

9. Sila kemukakan Sijil Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax) semasa kemukakan bersama dokumen tender bagi membolehkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendaftar syarikat/kontraktor/pembekal yang berjaya ke dalam Sistem Pengurusan GST.

10. Majlis tidak terikat untuk menerima tender yang terendah harganya atau sebarang tender.
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
210104 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Software/System development/customization and maintenance including data entry, data processing)DAN
210110 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)-Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen(Geographic Information System (GIS) and Services)
 
 
Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan  
14 Jun 201711:00 amBilik Mesyuarat Jabatan Kejuruteraan,MBPP, Tingkat 13, KOMTAR, Pulau Pinang
 
 
 

© 2017 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.