Agensi Pelaksana |
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang |
Tajuk |
CADANGAN PEMBINAAN TANGKI AIR BERISIPADU 45 JUTA LITER (10M GAL), TANGKI SEDUTAN, RUMAH PAM, PENCAWANG TNB DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERSANGKUTAN DENGANNYA DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 126 & 280, MUKIM 13, BATU KAWAN, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG. |
Tempat hantar |
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang |
Nombor Telefon Umum Jabatan/Agensi |
04-6340111 |
Bahagian/Unit bertanggungjawab |
BAHAGIAN PENGURUSAN INFRASTRUKTUR |
Pegawai yang bertanggungjawab |
PUAN RAJESWARY |
Nombor Telefon Pertanyaan |
045103545 |
Syarat-syarat |
Tender adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sijil Pendaftaran Syarikat WAJIB disertakan dan berdaftar dengan CIDB, Memegang Perakuan Pendaftaran ATAU Memegang Perakuan Pendaftaran dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah untuk Gred G7, Kategori CE & B Pengkhususan CE20, CE21 & B04 dan Permit SPAN C1 untuk menender kerja berikut:-
NO. TENDER: PPPP/I/T2/2024
CADANGAN PEMBINAAN TANGKI AIR BERISIPADU 45 JUTA LITER (10M GAL), TANGKI SEDUTAN, RUMAH PAM, PENCAWANG TNB DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERSANGKUTAN DENGANNYA DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 126 & 280, MUKIM 13, BATU KAWAN, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG.
Kontraktor yang ingin menyertai tender ini perlu kemukakan :
Perakuan pendaftaran CIDB, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Permit SPAN C1 yang masih sah untuk Gred G7, Kategori CE & B Pengkhususan CE20, CE21 & B04 (dalam format pdf) melalui email chongchia@pdc.gov.my dan ririn@pdc.gov.my sehingga 14 Mac 2024 jam 12.00 tengahari untuk pendaftaran sesi taklimat.
Maklumat yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang permohonan selepas daripada tarikh tutup tidak akan dilayan. Kontraktor yang lulus pendaftaran akan diberi pautan (melalui email syarikat) untuk taklimat tender secara online (DIWAJIBKAN) mulai 14 Mac 2024, jam 12.00 tengah hari. Pautan ini hanya sah sehingga 15 Mac 2024, jam 12.00 tengah hari. Kontraktor perlu mengisi Borang Pengesahan Taklimat Tender melalui pautan tersebut sebelum hadir lawatan tapak.
Lawatan Tapak akan diadakan pada 18 Mac 2024 (DIWAJIBKAN), jam 10.00 pagi di Galeri PDC, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Pemilik syarikat ATAU wakil dari kalangan Pegawai Teknikal yang sah sahaja dibenarkan (perlu kemukakan sijil kelulusan yang diiktiraf). Permohonan untuk wakil syarikat perlu dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen untuk pendaftaran seperti di atas untuk kelulusan.
Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan.
Dokumen Tambahan: boleh diperolehi mulai 19 Mac 2024 di Bahagian Pengurusan Infrastruktur, Paras 4, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dengan bayaran RM1,000.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN). Kaedah bayaran adalah melalui kad debit / kad kredit/ e-wallet/ QR Pay/ pemindahan atas talian (instant transfer) ke atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Kontraktor yang berminat untuk menyertai tender ini perlu melayari laman sesawang PDC di www.pdc.gov.my untuk maklumat lanjut.
Tender yang dihantar hendaklah di dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis Nombor dan Tajuk Tender. Tender hendaklah dimasukkan di dalam peti tawaran yang disediakan.
Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 29 April 2024, jam 12.00 tengah hari di:-
Bahagian Perolehan, Paras 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta |
G7 - CE - CE20 | Tiada had Pembinaan Kejuruteraan Awam( Saluran Paip Air) | DAN |
G7 - CE - CE21 | Tiada had Pembinaan Kejuruteraan Awam( Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) | DAN |
G7 - B - B04 | Tiada had Pembinaan Bangunan( Bangunan Am dan Penyenggaraan) | |