LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

WAKTU OPERASI KAUNTER

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup


 

HEBAHAN

Maklumat Hebahan
 
HEBAHAN UMUM
SESI PENDAFTARAN KONTRAKTOR LIF BAGI KERJA-KERJA LIF DI BAWAH TABUNG PENYELENGGARAAN MAKSIMA 80% PULAU PINANG
Mohamad Farid
30 Oct 2019 03:15 PM
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mewujudkan satu program yang dinamakan Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% Pulau Pinang (TPM80PP). Antara skop yang terlibat bagi program ini ialah pembaikan dan penyelenggaraan lif dimana akan terdapat sebutharga-sebutharga yang akan menggunapakai kaedah perolehan secara Sebutharga Terhad. Bagi tujuan itu, pejabat ini merancang untuk mengadakan satu sesi pendaftaran kontraktor bagi membolehkan kontraktor yang berminat untuk mengambil
 
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh kontraktor yang berminat adalah seperti berikut:

a) Kontraktor berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Gred G1 hingga G7 bagi pengkhususan M03 (Lif dan Eskelator) yang masih sah tempoh laku.

b) Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah tempoh sah laku


Sesi pendaftaran tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh: 4 November 2019

Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Titanium,
JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Pulau Pinang



Sekian, untuk tindakan pihak tuan seterusnya. Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(SYAZA AMIRAH BINTI SHARIHIN)

Penolong Jurutera JA29

b/p Ketua Jurutera Mekanikal Negeri,

JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,

Pulau Pinang
 
 
 
 

© 2019 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.