LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
 

PANDUAN PEMBAYARAN
KLIK SINI :Panduan melakukan pembayaran di sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang



 

HEBAHAN

Maklumat Hebahan
 
HEBAHAN UMUM
PENDAFTARAN KONTRAKTOR GRED G2 - BAHAGIAN PERUMAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Mohamad Farid
11 Apr 2019 05:17 PM
 
PENGUMUMAN
BAHAGIAN PERUMAHAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

PENDAFTARAN KONTRAKTOR GRED G2
 
Dimaklumkan bahawa Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan pendaftaran kontraktor seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 18 April 2019 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi - 12.30 tgh

Tempat : Pejabat Perumahan Taman Tun Sardon
Blok A, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor , Pulau Pinang

2. Pentadbiran ini HANYA terbuka kepada :-

a). Kontraktor Gred G2 mengikut pengkhususan kategori Bangunan (B24), Awam (CE21), Elektrik (E11) bagi kesemua daerah di Pulau Pinang yang masih sah tempoh laku pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

b). Kontraktor Gred G2 bagi kesemua daerah di Pulau Pinang yang masih sah taraf Bumiputera dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

c). Kontraktor yang masih sah berdaftar dengan Sistem SysP Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

3. Kontraktor yang layak dan berminat untuk mendaftar DI WAJIBKAN mengemukakan dokumen seperti berikut :-

(a). Salinan ASAL, Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) yang masih sah tempoh laku.

(b). Sijil ASAL, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).

(c). Sijil ASAL, Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih sah tempoh laku,

(d). Resit ASAL, Pembayaran untuk pendaftaran sistem SysP yang masih sah tempoh laku.

(e). Salinan kesemua sijil-sijil di atas.

(f). Profil terkini syarikat dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

4. Pendaftaran hanya terbuka kepada kontraktor yang HADIR sendiri sahaja. Wakil adalah TIDAK DIBENARKAN.

5. Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat dan tempoh masa yang telah ditetapkan di atas akan menyebabkan syarikat tuan/puan tidak dibenarkan mendaftar. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

6. Sebarang pertanyaan berhubung sesi pendaftaran ini boleh diajukan ke Unit Teknikal, di Bahagian Perumahan di talian 04-6505247/ 5747.
 
 
 
 

© 2019 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.