LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN TENDER

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
PSUKPP/TENDER/03/2013
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Tender
Tajuk
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG
Tarikh Iklan
12 - Mar - 2013
Tarikh Jual
12 - Mar - 2013
Tarikh Tutup
02 - Apr - 2013
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Y.B. Setiausaha Kerajaan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Bahagian Dewan Undangan Negeri
Paras 49, Bangunan KOMTAR
10503 PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 50.00
Syarat-syarat
Petender dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Tender apabila menyertai
tender ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan tender
yang dikemukakan oleh Petender akan DITOLAK.
1. KELAYAKAN MEMASUKI TENDER
1.1. Syarikat-syarikat yang hendak menyertai tender Membekal dan Menghantar
Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang
hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan di
bawah kod bidang yang berkaitan seperti mana yang diiklankan. Salinan
Sijil Pendaftaran dan Salinan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan)
hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran.
1.2. Hanya tender-tender yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat yang membeli
borang tender melalui Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
(berdasarkan pengesahan resit pembelian) sahaja akan diterima untuk
pertimbangan.
1.3. Pelawaan ini adalah terikat kepada Arahan Kepada Petender dan Syaratsyarat
Am Tender yang disertakan bersama-sama dalam dokumen tender.
1.4. Petender hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat tersebut apabila
menyertai tender ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat akan
menyebabkan tender tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.
1.5. Semua borang-borang berhubung dengan tender hendaklah ditandatangani
oleh pemilik syarikat sendiri. Mana-mana borang yang tidak bertandatangan
dan tiada cop rasmi Petender akan ditolak daripada pertimbangan.
2. DOKUMEN TENDER
2.1. Hanya dokumen tender yang dikepilkan dengan bukti resit pembelian sahaja
akan diterima dan setiap satu resit pembelian adalah bagi satu tawaran
harga tender sahaja. Setiap syarikat hanya dibenarkan membuat satu
tawaran harga tender sahaja. Penetapan tawaran harga tender dalam
bentuk opsyen / pilihan tidak dibenarkan. Lain-lain borang tidak diterima
kecuali dibenarkan sebagai tambahan kepada borang yang asal.
2.2. PERHATIAN : Tiap-tiap helai borang tender yang digunakan (termasuk
borang tambahan) mestilah disusun mengikut turutan nombor muka surat.
2.3. Borang Jadual Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan terang. Borangborang
berkenaan hendaklah dihantar secara bertaip kemas. Jika ditulis
tangan, tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca.
JAUHILAH AMALAN RASUAH 6
Membekal dan Menghantar Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang
Kod Tender : PSUKPP/TENDER/03/2013
2.4. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah
dipotong dan ditandatangani ringkas serta dicopkan dengan cop petender
setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat.
3. HARGA TAWARAN
3.1. Harga-harga yang ditawarkan dalam tender ini adalah tetap dan tidak boleh
dipinda selepas tender ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam
tempoh sah laku tender. Petender yang berjaya ditawarkan tender ini
dikehendaki mematuhi syarat ditetapkan sepanjang masa kontrak ini
berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan harga.
3.2. PSUKPP berhak menyemak semula jumlah kiraan harga tawaran
berdasarkan perincian kadar harga yang ditawarkan oleh Petender.
Sekiranya terdapat apa-apa perbezaan kepada jumlah harga yang
ditawarkan dengan maklumat semakan semula oleh PSUKPP, jumlah harga
tawaran yang disemak melalui kiraan semula oleh PSUKPP akan diguna
pakai untuk tujuan tender ini.
4. KEGAGALAN MEMATUHI SPESIFIKASI ATAU PERJANJIAN
Petender adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi dan kandungan
Perjanjian kerana sekiranya Petender gagal untuk melaksanakan tugas-tugas dan
tanggungjawabnya seperti di dalam Perjanjian, PSUKPP berhak menahan atau
menangguhkan bayaran-bayaran seperti dinyatakan di dalam Perjanjian, kecuali
dan sehingga PSUKPP berpuas hati bahawa Petender telah menyempurnakan
tugas dan tanggungjawabnya seperti mana yang dikehendaki.
5. BON PELAKSANAAN
5.1 Petender yang berjaya, dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan di
dalam bentuk Jaminan Bank daripada bank yang diluluskan dan berdaftar di
Malaysia. Nilai Bon Pelaksanaan adalah seperti berikut :-
5.1.1 Bagi jumlah kontrak yang bernilai melebihi RM50,000.00 hingga
RM500,000.00 kadar bon pelaksanaan ialah 2.5% daripada nilai
kontrak.
5.1.2 Bagi jumlah kontrak yang bernilai melebihi RM500,000.00 ke atas
kadar bon pelaksanaan ialah 5% daripada nilai kontrak.
5.1.3 Bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan bermasa yang berkuatkuasa
bagi tempoh dua tahun atau lebih, peratusan bon pelaksanaan akan
dikira mengikut anggaran kontrak bagi setahun sahaja dan tidaklah
berasaskan jumlah nilai kontrak keseluruhan.
JAUHILAH AMALAN RASUAH 7
Membekal dan Menghantar Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang
Kod Tender : PSUKPP/TENDER/03/2013
5.2 Selain daripada Jaminan Bank di para 5.1. Jaminan Insurans daripada
syarikat insurans yang diluluskan dan berdaftar di Malaysia mengikut Akta
Insurans 1963, seperti mana yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan,
boleh diterima bagi kontrak yang bernilai tidak lebih daripada RM500,000.00.
5.3 Bon Pelaksanaan akan dikembalikan setelah kontrak dilaksanakan dengan
sempurna dan memuaskan. Sekiranya kontrak itu tidak dilaksanakan dengan
sempurna dan memuaskan, maka Bon Pelaksanaan itu akan dirampas.
6. MENARIK BALIK TAWARAN/MENOLAK TAWARAN
Petender tidak boleh menarik balik tawaran sebelum tender tersebut
dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah tender tersebut dipertimbangkan
atau tawaran telah dibuat. Jika petender menarik diri atau menolak tawaran, nama
petender akan dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk tindakan
penggantungan pendaftaran seperti berikut:-
6.1 Dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;
6.2 Lima (5) tahun bagi kesalahan kali kedua; dan
6.3 Pendaftaran akan dibatalkan terus bagi kesalahan berikutnya.
7. TEMPOH SAHLAKU TENDER
Tempoh sahlaku tender ini adalah selama 180 hari bermula daripada tarikh tender
ditutup.
8. SETUJU TERIMA TENDER
8.1 Kerajaan tidak terikat untuk menerima tender yang terendah, tertinggi atau
mana-mana tender. Keputusan adalah muktamad dan Kerajaan tidak akan
melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada Petender
berhubung sebab-sebab tender mereka tidak berjaya.
8.2 Petender yang berjaya dikehendaki:-
8.2.1 Tidak boleh menolak tawaran. Jika menolak, maka nama Petender
akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk
tindakan digantung pendaftaran.
8.2.2 Menandatangani satu perjanjian kontrak dengan Kerajaan Negeri
Pulau Pinang dan terikat dengan syarat-syarat yang terkandung
dalam perjanjian dan syarat-syarat tender serta mengemukakan Surat
Akuan Pembida Berjaya (SAP 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember
2010) seperti di Lampiran L.
JAUHILAH AMALAN RASUAH 8
Membekal dan Menghantar Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang
Kod Tender : PSUKPP/TENDER/03/2013
9. KONTRAK
9.1 Petender yang berjaya adalah diwajibkan mengikat suatu kontrak dengan
Kerajaan. Contoh perjanjian kontrak yang akan diguna pakai adalah seperti
di Lampiran J.
9.2 Syarat-syarat dalam dokumen tender dan syarat-syarat dalam surat tawaran
adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.
10. PERUBAHAN SYARAT-SYARAT
10.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat
yang terkandung dalam kontrak dan mulai daripada tarikh yang dinyatakan
oleh Kerajaan, perkhidmatan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut
perubahan-perubahan tersebut.
10.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan
bagi perkhidmatan satu tempoh biasa, maka harga perkhidmatan baru
dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua-dua
pihak secara bertulis.
11. TEMPOH KONTRAK
Tempoh kontrak adalah selama tiga (3) tahun iaitu dari 2013 sehingga 2015. Walau
bagaimanapun, Kerajaan adalah berhak menentukan tempoh kontrak yang
sebenarnya.
12. PENAMATAN PERSETUJUAN
Dengan memberi notis bertulis kepada Petender dan dengan tiada apa-apa
tindakan selanjutnya Kerajaan boleh terus menamatkan persetujuan:
12.1 Jika Petender melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang
terdapat dalam persetujuan ini;
12.2 Jika Petender (Kontraktor) itu sebagai orang perseorangan atau apabila
Kontraktor itu adalah satu firma, mana-mana perkongsian firma itu pada bilabila
masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah
pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau
perkiraan dengan/atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Kontraktor
itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung
(bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan)
atau pengurusan bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul
keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu
perintah penggulungan.
Atau
JAUHILAH AMALAN RASUAH 9
Membekal dan Menghantar Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang
Kod Tender : PSUKPP/TENDER/03/2013
12.3 Jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Petender atau
sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama
ada dengan atau di luar pengetahuan Petender) melakukan perbuatan
rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak
menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik gantirosak.
13. PERTIKAIAN
Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Kontraktor mengenai
pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan
pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang
berhubung dengannya hendaklah (kecuali selainnya dipersetujui dengan ketentuan
secara bertulis di antara Kerajaan dengan Kontraktor) dirujukkan kepada
penimbang tara dua pihak yang dilantik iaitu lantikan oleh Kerajaan dan lantikan
oleh Kontraktor. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada
pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.
14. IKLAN
Tiada maklumat mengenai kontrak ini boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar,
majalah atau media pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah
diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.
Y.B. Setiausaha Kerajaan
Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Pulau Pinang
 
Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
030299 SUKAN REKREASI DAN ALAT MUZIK (PERALATAN, BEKALAN DAN AKSESORI SUKAN DAN REKREASI)-CENDERAMATA DAN HADIAH(Pembuat)
 
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 2 Dokumen Meja 2
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.