HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |

PENGUMUMAN |
Tiada Pengumuman Setakat Ini |

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Agensi Pelaksana |
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri |
Nombor Rujukan |
PSUKPP/20/2024 |
Klasifikasi Perolehan |
PERKHIDMATAN |
Jenis Perolehan |
Sebutharga |
Tajuk |
KERJA-KERJA PENYIARAN SECARA LANGSUNG MELALUI FACEBOOK DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG SEMPENA PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI TAHUN 2024 |
Tarikh Iklan |
29 - Mar - 2024 |
Tarikh Jual |
29 - Mar - 2024 |
Tarikh Tutup |
05 - Apr - 2024 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Seksyen Perolehan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Paras 30, KOMTAR
10503 Pulau Pinang

Perolehan dibuka untuk |
Semua |
Harga Dokumen |
RM 10.00 |
Syarat-syarat |

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang berkaitan:

010501 - PENERBITAN DAN PENYIARAN/FOTOGRAFI DAN FILEM (KAMERA DAN AKSESORI)

010303 - PENERBITAN DAN PENYIARAN / PERALATAN / PENERBITAN /PERCETAKAN(PERALATAN/PERKAKASAN PENYUNTINGAN/PERSEMBAHAN)

221302 - PERKHIDMATAN/KESENIAN, HIBURAN DAN PELANCONGAN (RAKAMAN)

221304 - PERKHIDMATAN/KESENIAN, HIBURAN DAN PELANCONGAN (AUDIO VISUAL)

serta masih sah tempoh lakunya dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi pembekalan berikut:

KERJA-KERJA PENYIARAN SECARA LANGSUNG MELALUI FACEBOOK DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG SEMPENA PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI TAHUN 2024

2. Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tawaran ini perlulah berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan. Hanya syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan sysP boleh mendapatkan borang sebut harga melalui laman Portal Rasmi sysP.

3. Dokumen Sebut Harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 secara online dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) mulai 29 Mac 2024 (Jumaat).

4. Dokumen Sebut Harga yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan No. Sebut Harga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Sebut Harga tersebut mestilah sampai sebelum atau pada 05 April 2024 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Seksyen Perolehan, Paras 30 KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

5. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan tawaran sebut harga di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terbabit. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah/tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

6. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti sebut harga ditutup. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my.

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.