Agensi Pelaksana |
Pejabat Perhutanan Negeri |
Tajuk |
PERKHIDMATAN PENGURUSAN ASRAMA DI TAMAN EKO RIMBA TELOK BAHANG, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG |
Tempat hantar |
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PULAU PINANG
TINGKAT 34, KOMTAR
10000 PULAU PINANG |
Syarat-syarat |

1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada perseorangan atau syarikat yang mempunyai pengalaman dalam bidang perkhidmatan berkaitan atau lain-lain yang seumpama bagi menyertai "Perkhidmatan Pengurusan Asrama di Taman Eko Rimba Telok Bahang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang".

2. Dokumen sebut harga boleh diperolehi (PERCUMA) di Pejabat Renjer Hutan Barat Daya / Timur Laut dan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang Tingkat 34, KOMTAR mulai 28 November 2023 (Selasa). Borang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga di Tingkat 34, Pejabat Perhutanan Negeri Pulau Pinang sebelum atau pada 5 Disember 2023 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari.

3. Borang Sebut Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan terang dan di isi ke dalam satu (1) sampul surat berukuran A4 untuk diserahkan pada Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang.

4. Tawaran ini adalah dipelawa kepada perseorangan atau syarikat yang mmepunyai pengalaman dalam bidang perkhidmatan tersebut atau lain-lain yang seumpama.

5. Pembida yang menawarkan harga bidaan yang terbaik dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipilih.walau bagaimanapun, harga bidaan tertinggi tidak semestinya dipilih kerana penilaian juga akan tertumpu kepada latar belakang pembida, pengalaman dalam perkhidmatan dan sebagainya.

6. Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang tidak terikat untuk menerima tawaran sebut harga yang tertinggi atau mana-mana tawaran sekalipun.

7. Harga bidaan dalam Borang Sebut Harga sah selama tiga (3) bulan.

8. Satu Borang Sebut Harga adalah terhad untuk satu tujuan penyewaan sahaja.

9. Satu Borang Sebut Harga, resit pembelian borang berserta dokumen sokongan (Salinan IC dan lain-lain) perlu dimasukkan ke dalam peti sebut harga sebelum tarikh yang ditetapkan di alamat Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 34, Menara KOMTAR, 10000 Pulau Pinang. (Sila pastikan pembida memasukkan dokumen Sebut Harga dalam peti Sebut Harga yang betul. Dokumen Sebut Harga yang tersalah peti Sebut Harga tidak akan dipertimbangkan).

10. Borang Sebut Harga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

11. Pembida yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak bagi menjalankan perkhidmatan berkenaan.

12. Kakitangan atau keluarga Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang tidak dibenarkan untuk membida.

13. Sebarang penjelasan atau pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak jabatan seperti berikut :- Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 34, Menara KOMTAR, 10000 Pulau Pinang.