LOG MASUK

Email
Kata laluan

HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Jab. Perkhid. Veterinar Negeri
Nombor Rujukan
VPP(S) 03/07/04-2023
Klasifikasi Perolehan
PERKHIDMATAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA API) DI PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG
Tarikh Iklan
7 - Feb - 2023
Tarikh Jual
9 - Feb - 2023
Tarikh Tutup
23 - Feb - 2023
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PULAU PINANG
JALAN BUKIT TENGAH
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
Perolehan dibuka untuk
Bumiputera
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

1.       HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

2.       PERSETUJUAN

(i)       Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana- mana sebut harga; dan

(ii)      Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.

3.       PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/ perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

4.      PENOLAKAN

(i)       Perkhidmatan yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada perkhidmatan yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

(ii)      Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan perkhidmatan yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai perkhidmatan yang ditolak itu;dan

(iii)      Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

5.       PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh  disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa  kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan

6.       TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa  pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini  atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

7.       DASAR PENGGUNAAN BAHAN, BARANGAN DAN PERKHIDMATAN TEMPATAN

Pembekal hendaklah menggunakan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan sepenuhnya dalam perolehan Kerajaan seperti peraturan yang ditetapkan. Bahan/barangan tempatan adalah bahan/barangan yang dibuat dan/atau yang dikeluarkan oleh pengilang tempatan melalui aktiviti pengilang. Definisi pengilang dan aktiviti pengilangan adalah seperti berikut:

i)        “Pengilang” adalah bermaksud sesuatu syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang mengambil bahagian dan/atau menjalankan aktiviti pengilangannya di dalam Malaysia dan bertanggungjawab ke atas kualiti bahan/barangan yang berkenaan; dan

ii)       “Aktiviti Pengilang” adalah bermaksud membuat dan/atau mengeluarkan apa-apa bahan/barangan berdasarkan kepada penggunaan dan termasuklah memasang bahagian-bahagian melalui proses pengilangan.

8.       MATA WANG

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

9.       PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

Penyebut harga adalah diingatkan mengenai kesalahan rasuah seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan pada 22 September 2008 iaitu:

a)         Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan Sebut harga  ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

b)         Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

c)   Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Penyebut harga atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

d)   Mana-mana Penyebut harga atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan Sebut harga  ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada perkakasan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009   (Akta 694).

10.      PELAKSANAAN INTEGRITY PACT

i.          Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida seperti dalam Borang 6 bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Surat Akuan Pembida adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebut harga

ii.          Penyebut harga yang berjaya perlu menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Format Surat Akuan Penyebut Harga Berjaya adalah seperti di Borang 7. Surat Akuan Pembida Berjaya adalah juga dokumen wajib yang perlu disertakan bersama Surat Setuju Terima (SST).

Kod Kementerian Kewangan Malaysia
Kod
Keterangan
Syarat
220801 (Bumiputera)Perkhidmatan-Pertahanan dan Keselamatan(Kawalan Keselamatan (perlu lesen KDN))

Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
09 Feb 202310:00 amPejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut, Jalan Kampong Jawa Baru, 10150 Pulau Pinang.Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut, Jalan Kampong Jawa Baru, 10150 Pulau Pinang.WAJIB

Taklimat
Tarikh Masa Tempat Lawatan
09 Feb 202310:00 am
Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Timur Laut, Jalan Kampong Jawa Baru, 10150 Pulau Pinang.

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.