LOG MASUK

Email
Kata laluan
   
HARIWAKTU OPERASI
Isnin - Khamis8.30 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 4.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti UmumTutup
PENGUMUMAN
Tiada Pengumuman Setakat Ini
 

PEROLEHAN SEBUTHARGA

Kembali
Perolehan
Agensi Pelaksana
Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri
Nombor Rujukan
Bil PSUKPP/40/2022
Klasifikasi Perolehan
BEKALAN
Jenis Perolehan
Sebutharga
Tajuk
SEBUTHARGA PELUPUSAN SEBUAH KENDERAAN ASET ALIH KERAJAAN MODEL KERETA PROTON WIRA
Tarikh Iklan
1 - Nov - 2022
Tarikh Jual
1 - Nov - 2022
Tarikh Tutup
08 - Nov - 2022
Masa Tutup
12:00 pm
Tempat hantar
Bahagian Khidmat Pengurusan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Paras 30, Komtar 10503 Pulau Pinang
Perolehan dibuka untuk
Semua
Harga Dokumen
RM 10.00
Syarat-syarat
1. Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.

2. Penyebutharga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebutharga sebanyak 10% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM 5,000.00 mengikut mana yang terendah. Deposit sebutharga hendaklah dalam bentuk kiriman wang/wang pos/draf bank atau Cashier's Order sahaja atas nama Bendahari Negeri Pulau Pinang.

3. Tawaran tanpa/kurang deposit sebutharga tidak akan dipertimbangkan.

4. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is-basis).

5.Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.

6. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle),mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.

7. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebutharga tidak akan dikembalikan.

8. Penyebutharga yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh 14 hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Jabatan berhak untuk melupuskan aset tersebut.

9. Pembayaran Dokumen sebutharga boleh dibuat dengan harga RM10.00 secara online dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) bagi Pemilik Syarikat mulai 1 November 2022 ataupun secara manual di Kaunter Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Paras 3, KOMTAR, bagi Individu.

10. Bagi Pembeli Pemilik Syarikat, hendaklah mengisi hal berkaitan di Lampiran B dan Lampiran D.

11. Bagi Pembeli Individu/Persendirian/Penjawat Awam, hendaklah mengisi hal berkaitan di Lampiran C dan Lampiran E.
 
Lawatan Tapak
Tarikh Masa Tempat Berkumpul Tempat Lawatan Kehadiran
01 Nov 20229:30 amDepo Simpanan Kenderaan Kerajaan, Kompleks Masyarakat Penyayang, 250, Jalan Utama 10450 Georgetown Pulau PinangDepo Simpanan Kenderaan Kerajaan, Kompleks Masyarakat Penyayang, 250, Jalan Utama 10450 Georgetown Pulau PinangTIDAK WAJIB
 
 
Dokumen Meja
Dokumen Meja 1 Dokumen Meja 1
 

© 2024 sysP : Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Design by Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang

Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.