|
|
|
HARI | WAKTU OPERASI |
Isnin - Khamis | 8.30 pagi hingga 1.00 petang |
| 2.00 petang hingga 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari |
| 2.45 petang hingga 4.30 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
|
PENGUMUMAN |
Tiada Pengumuman Setakat Ini | |
|
PEROLEHAN SEBUTHARGA
|
Agensi Pelaksana |
PDT Daerah Timur Laut |
Nombor Rujukan |
PDTL/SH/BEK/2022/02 |
Klasifikasi Perolehan |
BEKALAN |
Jenis Perolehan |
Sebutharga |
Tajuk |
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR MESIN ELEKTRONIK/ELEKTRIK
KEPADA PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT |
Tarikh Iklan |
11 - Oct - 2022 |
Tarikh Jual |
11 - Oct - 2022 |
Tarikh Tutup |
17 - Oct - 2022 |
Masa Tutup |
12:00 pm |
Tempat hantar |
PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT
TINGKAT 51, KOMPLEKS TUN ABDUL RAZAK (KOMTAR)
10000 PULAU PINANG |
Perolehan dibuka untuk |
Semua |
Harga Dokumen |
RM 10.00 |
Syarat-syarat |
KENYATAAN TAWARAN
NO. SEBUT HARGA : PDTL/SH/BEK/2022/02
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) dan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang Kod Bidang 020201 Mesin-mesin Pejabat dan aksesori serta masih sah tempoh lakunya dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perkhidmatan berikut:-
“MEMBEKAL DAN MENGHANTAR MESIN ELEKTRONIK/ELEKTRIK
KEPADA PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT”
2. Dokumen sebut harga boleh dibeli dengan harga RM10.00 secara online dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) mulai 11 Oktober 2022 (Selasa).
3. Dokumen tawaran sebut harga yang telah lengkap diisi, berserta dokumen wajib hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan Nombor Sebut Harga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Sebut Harga tersebut mestilah sampai sebelum atau pada 17 Oktober 2022 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah hari dan Sebut harga hendaklah dikemukakan sama ada melalui serahan Dengan Tangan di Bahagian Pengurusan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut, Tingkat 51, KOMTAR tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari, 17 Oktober 2022 (Isnin). Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
4. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terbabit.
5. Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Timur Laut tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah, tertinggi atau sebarang tawaran. Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Timur Laut berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.
6. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my.
Pegawai Daerah
Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut |
|
|
Penafian : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1024x768.
|